Showing posts with label #Activity #work. Show all posts
Showing posts with label #Activity #work. Show all posts

Sunday, October 2

Teman Babah Pergi Rumah Sewa

Hai hai hai korang ! Hari ni aku teman babah gi rumah sewa kat Saujana putra. Rumah tu perlukan pembaikan sebab dah teruk sangat. Jadi,sebelum ada orang nak menyewa kenalah kemas leklok.

Our first stop selepas keluar rumah ialah, Seksyen 8.Kitaorang beli sarapan dulu sekali dengan makanan tengah hari.Cer teka kitaorang beli apa ? Teka .. Teka.. Dah teka dah ? Ke penat nak teka ? Haha sori eh annoying sikit. Kami beli nasi lemak 4 bungkus untuk dua orang . Then,kita pon teruskan perjalanan ke SP dengan tujuan mengemas rumah.

Entah kenapa, masa dalam kereta rasa ngantuk sangat sangat walaupun bangun tido lambat pukul 8 pagi.Sinar pagi menyinar dengan terangnya tetap tak boleh bukakkan mata aku yang meminta minta untuk direhatkan.