Wednesday, December 14

Pengalaman Belajar di Kelas Berenang !!


Hello dan selamat petang rakan rakan semua !

Dah lama aku tak jenguk blog aku, sentuh keyboard pun apatah lagi. Sedih tengok blog ni tak berisi entri2 yang terbaru. Kusam dan tidak sekata serta berhabuk blog ni jadinya. Sesiapa yang ada hantar komen2 serta blogwalking ke blog saya..saya menyusun sepuluh jari memohon maaf ya. Almaklumlah sekarang ni busy dengan diri sendiri.. hekhek..

Untuk entri yang penuh istimewa ni,aku nak cerita pasal kisah aku belajar swimming. Pelbagai kisah duka lara , happy , funny yang aku lalui sepanjang empat hari aku menghadiri kelas berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan.

Mula2 aku memang terkejut beruk gila bila tahu mama daftarkan aku pergi belajar berenang. Aku pun bantah habis-habisan lah dengan keputusan mama sebab alasan aku yang ' takut mati masa nak belajar berenang ' erghh!! hydrophobia kononnya.. ke deadfromwaterphobia ni haha entahla. Lepastu mama pun cakap lahh , takkan la Nana asyik2 pergi swimming pool nak berendam je,tak malu ke tak pandai berenang ni? Blablabla dan sebagainya..sehingga mama berjaya memujuk aku untuk masuk kelas berenang.

OKLA.beberapa hari lepastu,aku start explore website maiswim.com sebab aku akan berlajar dengan orang maiswim ni..Tengah khusyuk2 explore tetiba nampak ramai gilerr budak kecik duduk dekat tepi2 kolam punya gambar. Aku macam ' eh serious la?' Aku ni dah belasan tahun,lepastu gambar yang belajar berenang ni semua sebaya adik2 aku. Mesti aku paling tua kat situ nanti. hUAA.. lepastu aku macam rasa sedih gila ah..aku check fb maiswim lak,lepastu terbaca 'YOU'RE NEVER TOO OLD TO LEARN SWIMMING ' lebih kurang macam tu la ayat dia..aku terus 'absorb' dengan ayat tuh..so aku jadi tenang dan tenang...

FIRST DAY
1st day masuk kelas swimming memang memang sangat 'takde perasaan' . Akula paling tua. haha dah agak dah..Perkenalkan diri masing2 . Cikgu tu nama dia Teacher Haikal. Mula2 aku jumpa dia tengok macam 'poyo' sebab ada ke orang nak berenang pakai spec hitam? haha serious lah? Cikgu suruh beli goggle but why cikgu sendiri tak pakai goggle ha? Lepastu spec hitam dia terjatuh dalam pool.. Aku ingat dia tak akan jumpa spec dia tapi akhirnya dia jumpa gak.Tajam gak mata dia yang sepet tu. Lepastu kita belajar bubble,dive,kicking,gliding,superman macam2 la.. Aku tak boleh bayangkan macam mana air tu dapat apung badan ku yang sebesar sebuntal gajah ni sebab masa kita buat front float , aku ter'float' .. sebelum ni nak buat tak boleh pun,kenapa tetiba sekarang menjadi pulak?

SECOND DAY
Hari kedua merupakan hari yang paling sedih pernah aku lalui. Bila aku kick,kaki aku tak bergerak langsung,apa benda ni?? Kita belajar one arm pulled and freestyle swimming masa 2nd day ni.. Aku tak tau kenapa aku sangat lemah masa hari tu,jiwa lemah,hati lemah,badan lemah.. Nak tau kenapa aku nangis haritu ? Puncanya kerana...  abang kawan aku,Alya dia datang kelas untuk dive rasanya,lepastu cikgu tanya dia umur berapa, dia setahun je tua dari aku..dalam hati macam,,eh malunya dia dah pandai berenang padahal dia umur 15 baru. Lepastu cikgu tanya umur aku berapa,aku kata la 14. Lepastu cikgu cakap kat Alya,nak tak aku jadi kakak ipar dia? Hell no! Bangang gila,awkward ahh.. aku pon pura2 tak dengar and aku tutup mata and terus bubble lama2. Cikgu pulak tetiba tanya 'nak tak abang tu?' dahla masatu cikgu tu tunjuk abang Alya tu,aku kata taknakla! lepastu aku nangis..tapi takdela terlampau menonjol sebab aku nangis masa aku pakai goggle je. ahaha.. Mengada jugak aku ni!! Sebab kedua pulak,,aku ni asyik jadi orang last je masa kita ramai2 tengah practice swimming.Takkan sebab faktor umur lak ? adakah aku ini tua yang tidak berdaya ?
pinjam gambar sat kat maiswim punya website.. Hari ketiga kita berenang kat sinii..

cantik sikit gambar ni.. baru ada feel .. pinjam gambar ye,supermeng malaya


THIRD DAY
Malam semalam aku nangis tak berhenti.Lepastu aku banyak kali doa supaya harini aku tak jadi orang yang lemah sangat,suka sangat bandingkan diri and jangan ambil kisah cakap orang. Alhamdulillah doa aku dimakbulkan. Hari ketiga belajar berenang memang best gilaa!! walaupun aku hampir lemas. Harini kitaorang berenang kat kolam tertutup.. Kolam tertutup tu dalam gila,sedalam 5m.. kitaorang dapat jumpa atlet2 yang mewakili Selangor untuk berenang.. dapat berangan jap jadi atlet olympic , badan kengkonon ringan gitu ..sangat best. haha ,aktiviti pon tak mencabar sangat .. Terima kasih Allah sebab takdirkan harini kitaorang belajar kat kolam dalam. Harini cikgu test water confident kitaorang..nasib la aku berjaya berenang freestyle.. Alhamdulilah.. aku pun baru buat kawan harini. Kitaorang banyak borak jugak ah,, wlaupun dia 2 tahun lebih muda daripada aku.


ololo happynye awak berenang.. tu lah noodle guys.
serious aku tak percaya nama dia noodle..sebab dia tebal macam laksa .Tapi bukankah noodle dengan laksa itu adik beradik? Apapon , kita namakan dia laksafloat

FOURTH DAY
Hari terakhir aku belajar berenang,hari terakhir aku jumpa kawan2 and cikgu. Mula mula aku fikir hari terakhir ni akan jadi hari paling best buat diri aku.Malangnya,apa yang aku fikir tak seperti yang terjadi. Aku sedih nak tinggalkan diorang buat kali terakhir walaupun kita boleh berjumpa lagi tapi suasana dengan 'feeling' tu tak sama.Harini kitaorang belajar 'breaststroke'. Aku dah tengok cara berenang style breaststoke dalam youtube.. Macam menyiksa je.Aku tak kisah sangat yang aku tak pandai berenang cara breaststroke nih sebab aku tak minat sangat style ni.. macam menyiksa je.macam katak berenang.. dahla aku benci katak pastu,nak ikut cara dia berenang pulak.. hahaha memang susah la.. mula2 kitaorang warm up sebelum masuk kolam,lepastu kita ambik noodle kita kick sampai hujung kolam sana.. Teacher kata jangan stop..aku try supaya tak berhenti kick. Bila dekat tengah kolam tu,tengah kick kuat2 rasa macam tak bergerak pulak.Tetiba ada geng boroi2 cakap.. 'tak bergerak pon' Aku cam sakai punya budak gemok. Ko diam ah.. Aku pon kick kuat2 gila sampai air tu merenjis kena badan berkilat dia tuh.. padan muka.. geram betul lah. Last sekali,kita pon borak2 sikit pasal certain2 perkara.. and kita akhiri dengan sapaan ' Assalamualaikum' bubbye! sedih gila.. nasib aku jumpa fb Alya dapatlah berhubung sesama sendiri..

YEAY lepas ni boleh berangan bila tengok drama WEIGHLIFTING FAIRY KIM BOK JOO sebab hero dia swimmer .. ahahahah

Maafkan daku sebab ayat campur2 kerana aku gelojoh gila nak share pengalaman berenang aku ni...

So,apa pendapat korang tentang kisah aku berlajar berenang ? Maybe korang ada kisah korang tersendiri ? ehehe,,meh story2 sikit kat bawah ni.


Sunday, December 4

Makan Makan di WestPlate


Assalamualaikum dan hye kepada rakan rakan blogger yang disayangi,pengunjung yang saya kasihi dan kepada pembaca yang setia membaca entri yang tidak menarik ni. Saya sayang anda !

Harini aku nak cerita pasal restoran makanan barat yang aku baru jerp singgah. Baru ke? Around last week rasanya dan ni merupakan kali pertama ever ever ever aku makan kat WestPlate ni. Yolah, sebelum ni asyik ke tempat yang sama je,mana tak boring orang kedai tuh en.. Pemilik kedai tu sampai dah ingat muka kitaorang sebab dah jadi pelanggan setia kat situ


Nah , muka tepi kedai dia. Eh.. ke muka depan ? Haha tak berapa nak observe sangat. 

Kalau nak order makanan western,mesti aku akan pilih Chicken Chop. Aku takut ah nak cuba makanan lain selain Chicken Chop tu,sebabnya aku takut rasa di tak sedap and portion yang dia bagi sikit. Haha ooops!  Atau kata lain,aku ni setia pada yang satu je la..


Haa, akak payung satu gambar Chicken Chop.

Harga Chicken Chop ni sama je mcm kedai lain.. lebih kurang RM 11.00 macam tu. 

Korang,memula bila aku baca en rasa cam murah,tapi bila tulis kat sini..rasa laju je jantung berdegup sebab macam mahal haha.. Yelah,biasanya makan restoran Melayu kira2 harga dalam RM 6 dah dapat sepinggan nasi goreng USA en. Aku pun jarang dapat makan western food, sekali sebulan camtu ? 


Ini Izzah punya. Abah pon order Lamb Chop gak. Anak beranak kambing katakan.. aku juga tak ketinggalan =D


Okay, ni mak aku punya.. cuba tengok benda yang termaktub dalam pinggan tuh.. macam2 ada..ayam diapulak besar gedabak. Korang jangan percaya gambar tu,sebab perspektif sudut gambar ni membuatkan ayam tu nampak kecik. Nampak sangat aku ni takde ciri2 atau gaya seorang photographer . 


Alamakk.. tertinggal pulak yang ni.. Patutnya aku letak gambar ni yang atas sekali sebab dia makanan appertizer.

Makanan yang kitaorang order tak nampak macam variety kan ?  aku malas nak ambik gambar makan diorang oleh sebab kitaorang order  makanan sama je.

Jom memeriahkan post nih dengan 2 gambar kedai ni.


awkward 

Maaf kepada akak yang termasuk dalam gambar ni, sebabnya aku yang patut duduk kat situ. Haha srs ah aku suka tempat duduk macam tu.


Kepala budak tu semak seh.

Alamak air tertinggal. Aku sempat ambik gambar air aku je sebab diorang semua haus giler.. Jadi aku ambik gambar minuman aku jelah sebab aku punya nampak paling slurpp !! ahh segarnyaa,manis dan berlemak.. aH Juss !! haha


Haa..kepala kerbau tu menambahkan kenikmatan minum Sirap Bandung nih..

ARGGHH sedapnye makan western food.. Anyone who's willing to buy me this kind of food ?
Haha jk, Bye byee.. 



P/S : aku ada banyak gila benda nak update tapi.. sampai sekarang aku tak jumpa usb kamera. If anyone in my family happen to read this post..Please help mee!!

Ceh,macam tak boleh cakap depan2 je.











END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS



Hye guys ! 

Jom join giveaway ni..saya khususkan kepada orang2 yang datang singgah blog ni sebab confirm2 rakan blogger lain semua dah join. Terima kasih ye kepada Akak Mellya and friends sebab buat giveaway ni..