Hello dan selamat petang rakan rakan semua !
Dah lama aku tak jenguk blog aku, sentuh keyboard pun apatah lagi. Sedih tengok blog ni tak berisi entri2 yang terbaru. Kusam dan tidak sekata serta berhabuk blog ni jadinya. Sesiapa yang ada hantar komen2 serta blogwalking ke blog saya..saya menyusun sepuluh jari memohon maaf ya. Almaklumlah sekarang ni busy dengan diri sendiri.. hekhek..
Untuk entri yang penuh istimewa ni,aku nak cerita pasal kisah aku belajar swimming. Pelbagai kisah duka lara , happy , funny yang aku lalui sepanjang empat hari aku menghadiri kelas berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan.
Mula2 aku memang terkejut beruk gila bila tahu mama daftarkan aku pergi belajar berenang. Aku pun bantah habis-habisan lah dengan keputusan mama sebab alasan aku yang ' takut mati masa nak belajar berenang ' erghh!! hydrophobia kononnya.. ke deadfromwaterphobia ni haha entahla. Lepastu mama pun cakap lahh , takkan la Nana asyik2 pergi swimming pool nak berendam je,tak malu ke tak pandai berenang ni? Blablabla dan sebagainya..sehingga mama berjaya memujuk aku untuk masuk kelas berenang.
OKLA.beberapa hari lepastu,aku start explore website maiswim.com sebab aku akan berlajar dengan orang maiswim ni..Tengah khusyuk2 explore tetiba nampak ramai gilerr budak kecik duduk dekat tepi2 kolam punya gambar. Aku macam ' eh serious la?' Aku ni dah belasan tahun,lepastu gambar yang belajar berenang ni semua sebaya adik2 aku. Mesti aku paling tua kat situ nanti. hUAA.. lepastu aku macam rasa sedih gila ah..aku check fb maiswim lak,lepastu terbaca 'YOU'RE NEVER TOO OLD TO LEARN SWIMMING ' lebih kurang macam tu la ayat dia..aku terus 'absorb' dengan ayat tuh..so aku jadi tenang dan tenang...
FIRST DAY
1st day masuk kelas swimming memang memang sangat 'takde perasaan' . Akula paling tua. haha dah agak dah..Perkenalkan diri masing2 . Cikgu tu nama dia Teacher Haikal. Mula2 aku jumpa dia tengok macam 'poyo' sebab ada ke orang nak berenang pakai spec hitam? haha serious lah? Cikgu suruh beli goggle but why cikgu sendiri tak pakai goggle ha? Lepastu spec hitam dia terjatuh dalam pool.. Aku ingat dia tak akan jumpa spec dia tapi akhirnya dia jumpa gak.Tajam gak mata dia yang sepet tu. Lepastu kita belajar bubble,dive,kicking,gliding,superman macam2 la.. Aku tak boleh bayangkan macam mana air tu dapat apung badan ku yang sebesar sebuntal gajah ni sebab masa kita buat front float , aku ter'float' .. sebelum ni nak buat tak boleh pun,kenapa tetiba sekarang menjadi pulak?
SECOND DAY
Hari kedua merupakan hari yang paling sedih pernah aku lalui. Bila aku kick,kaki aku tak bergerak langsung,apa benda ni?? Kita belajar one arm pulled and freestyle swimming masa 2nd day ni.. Aku tak tau kenapa aku sangat lemah masa hari tu,jiwa lemah,hati lemah,badan lemah.. Nak tau kenapa aku nangis haritu ? Puncanya kerana... abang kawan aku,Alya dia datang kelas untuk dive rasanya,lepastu cikgu tanya dia umur berapa, dia setahun je tua dari aku..dalam hati macam,,eh malunya dia dah pandai berenang padahal dia umur 15 baru. Lepastu cikgu tanya umur aku berapa,aku kata la 14. Lepastu cikgu cakap kat Alya,nak tak aku jadi kakak ipar dia? Hell no! Bangang gila,awkward ahh.. aku pon pura2 tak dengar and aku tutup mata and terus bubble lama2. Cikgu pulak tetiba tanya 'nak tak abang tu?' dahla masatu cikgu tu tunjuk abang Alya tu,aku kata taknakla! lepastu aku nangis..tapi takdela terlampau menonjol sebab aku nangis masa aku pakai goggle je. ahaha.. Mengada jugak aku ni!! Sebab kedua pulak,,aku ni asyik jadi orang last je masa kita ramai2 tengah practice swimming.Takkan sebab faktor umur lak ? adakah aku ini tua yang tidak berdaya ?
pinjam gambar sat kat maiswim punya website.. Hari ketiga kita berenang kat sinii..
cantik sikit gambar ni.. baru ada feel .. pinjam gambar ye,supermeng malaya
THIRD DAY
Malam semalam aku nangis tak berhenti.Lepastu aku banyak kali doa supaya harini aku tak jadi orang yang lemah sangat,suka sangat bandingkan diri and jangan ambil kisah cakap orang. Alhamdulillah doa aku dimakbulkan. Hari ketiga belajar berenang memang best gilaa!! walaupun aku hampir lemas. Harini kitaorang berenang kat kolam tertutup.. Kolam tertutup tu dalam gila,sedalam 5m.. kitaorang dapat jumpa atlet2 yang mewakili Selangor untuk berenang.. dapat berangan jap jadi atlet olympic , badan kengkonon ringan gitu ..sangat best. haha ,aktiviti pon tak mencabar sangat .. Terima kasih Allah sebab takdirkan harini kitaorang belajar kat kolam dalam. Harini cikgu test water confident kitaorang..nasib la aku berjaya berenang freestyle.. Alhamdulilah.. aku pun baru buat kawan harini. Kitaorang banyak borak jugak ah,, wlaupun dia 2 tahun lebih muda daripada aku.
ololo happynye awak berenang.. tu lah noodle guys.
serious aku tak percaya nama dia noodle..sebab dia tebal macam laksa .Tapi bukankah noodle dengan laksa itu adik beradik? Apapon , kita namakan dia laksafloat
FOURTH DAY
Hari terakhir aku belajar berenang,hari terakhir aku jumpa kawan2 and cikgu. Mula mula aku fikir hari terakhir ni akan jadi hari paling best buat diri aku.Malangnya,apa yang aku fikir tak seperti yang terjadi. Aku sedih nak tinggalkan diorang buat kali terakhir walaupun kita boleh berjumpa lagi tapi suasana dengan 'feeling' tu tak sama.Harini kitaorang belajar 'breaststroke'. Aku dah tengok cara berenang style breaststoke dalam youtube.. Macam menyiksa je.Aku tak kisah sangat yang aku tak pandai berenang cara breaststroke nih sebab aku tak minat sangat style ni.. macam menyiksa je.macam katak berenang.. dahla aku benci katak pastu,nak ikut cara dia berenang pulak.. hahaha memang susah la.. mula2 kitaorang warm up sebelum masuk kolam,lepastu kita ambik noodle kita kick sampai hujung kolam sana.. Teacher kata jangan stop..aku try supaya tak berhenti kick. Bila dekat tengah kolam tu,tengah kick kuat2 rasa macam tak bergerak pulak.Tetiba ada geng boroi2 cakap.. 'tak bergerak pon' Aku cam sakai punya budak gemok. Ko diam ah.. Aku pon kick kuat2 gila sampai air tu merenjis kena badan berkilat dia tuh.. padan muka.. geram betul lah. Last sekali,kita pon borak2 sikit pasal certain2 perkara.. and kita akhiri dengan sapaan ' Assalamualaikum' bubbye! sedih gila.. nasib aku jumpa fb Alya dapatlah berhubung sesama sendiri..
YEAY lepas ni boleh berangan bila tengok drama WEIGHLIFTING FAIRY KIM BOK JOO sebab hero dia swimmer .. ahahahah
Maafkan daku sebab ayat campur2 kerana aku gelojoh gila nak share pengalaman berenang aku ni...
So,apa pendapat korang tentang kisah aku berlajar berenang ? Maybe korang ada kisah korang tersendiri ? ehehe,,meh story2 sikit kat bawah ni.
Unni belajar sndri je, belakng umah ada sungai.. time kecik lepas banjir je semua pakat2 mandi sungai!! kat situ la blajar, automatik je pndai.. tapi dulu2 sungai masih ok tak tercemar skg ni sedih tgk
ReplyDeleteWAH. untungnya pandai belajar sendiri.. Nana kena org push dulu baru pandai..
Deletedi tag
ReplyDeletehttps://belogsjm.blogspot.my/2016/12/sesi-perkenalan-10-by-beeha-azman.html
Ohhhhh, far dah berenang ohhhhhhhhhh ;3
ReplyDeletewow.. saya sampai sekarang x pernah join mana2 kelas renang.. berenang pun x beberapa nk pandai.. hehehe
ReplyDelete