Saturday, October 28

2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC


Assalamualaikum semua..

Aku ada join satu giveaway ni,meh la cepat2 join.. tinggal lagi 2 hari jer.

Anda boleh tekan banner di bawah untuk dapatkan maklumat mengenai giveaway ini.


http://www.atiehilmi.com/2017/10/2nd-giveaway-atiehilmicom-ft-1st-dental.htmlklik sini

TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER






Wah wah! Ada giveaway lah.. Jom join giveaway ni..

klik pada banner untuk dapatkan info giveaway menarik ni!!







Giveaway Besar-Besaran by Intan Saffyna


Pandangan saya terhadap blog kakak Intan Saffyna ialah :

Simple , ceria dan vintage. Saya rasa blog akak sangat cool sebab akak pandai design blog akak. Segala benda nampak kemas dan teratur,di mana seseorang tidak akan mengalami gangguan seperti pening/ sakit kepala semasa menyemak blog akak. Akhir kata,saya suka dengan etika kekemasan yang ada dalam blog akak.

Ucapan Hari Lahir buat akak :

Selamat Hari Lahir buat akak Intan. Semoga dipanjangkan  umur dan dimurahkan rezeki. Sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Semoga akak mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Tagged Friends :



Friday, October 27

TODAY'S LESSON : Jangan Mengata Orang


Peace be upon you! 
   Aku nak share sikit pengajaran yang aku terima hari ini. Aku decide aku nak buat ruangan atau segmen dalam blog aku di mana aku akan tulis pengajaran yang aku dapat tiap-tiap hari.Hal ini kerana,aku selalu dimarahi oleh mama dengan abah atas kesilapan yang aku sendiri sedar ataupun di luar pengetahuan aku .

 Contohnya,aku tak sedar bila aku selalu kata kawan aku tu selalu melekat dengan aku,selalu bergantung harap pada aku dan sebagainya merupakan ejekan.Seolah-olah aku macam bermegah diri dan berbangga dengan diri sendiri yang kononnya tidak pernah bergantung pada orang lain. Senang kata,aku rasa macam aku ni boleh hidup tanpa bantuan orang lain. 

 Kini,barulah aku sedar bahawa apa sahaja yang aku perkatakan sebelum berfikir hanya akan mengundang cemuhan daripada orang lain.Bukan sahaja cemuhan,malah rasa malu terhadap diri sendiri kerana bercakap tidak serupa bikin. Aku sedar bahawa aku tidak boleh merendahkan sesiapa hanya kerana kebolehan tertentu yang terdapat dalam diri aku. Aku sedar setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Maka,dengan faktor inilah kita akan dapat saling melengkapi antara satu sama lain.

  Aku berjanji pada diri aku bahawa aku tidak akan sesekali mengejek,menghina atau mengutuk sesiapa walhal aku teringin nak mengatakan perihal tersebut.Aku tidak akan berupaya untuk menggendong dosa yang terlalu banyak di bahuku. Aku berharap aku dapat menjadi muslim yang sejati.Insha Allah,semoga Allah memperkenankan doa aku.

akhir kata,sebagai penutup tirai.. ada sebuah kata-kata hikmat yang saya petik daripada google.
 

coretan berbentuk skema dan terlalu berdisiplin
anda semua telah berjaya membaca coretan ini hingga habis.
saya bersyukur.
assalamualaikum.