Peace be upon you!
Aku nak share sikit pengajaran yang aku terima hari ini. Aku decide aku nak buat ruangan atau segmen dalam blog aku di mana aku akan tulis pengajaran yang aku dapat tiap-tiap hari.Hal ini kerana,aku selalu dimarahi oleh mama dengan abah atas kesilapan yang aku sendiri sedar ataupun di luar pengetahuan aku .
Contohnya,aku tak sedar bila aku selalu kata kawan aku tu selalu melekat dengan aku,selalu bergantung harap pada aku dan sebagainya merupakan ejekan.Seolah-olah aku macam bermegah diri dan berbangga dengan diri sendiri yang kononnya tidak pernah bergantung pada orang lain. Senang kata,aku rasa macam aku ni boleh hidup tanpa bantuan orang lain.
Kini,barulah aku sedar bahawa apa sahaja yang aku perkatakan sebelum berfikir hanya akan mengundang cemuhan daripada orang lain.Bukan sahaja cemuhan,malah rasa malu terhadap diri sendiri kerana bercakap tidak serupa bikin. Aku sedar bahawa aku tidak boleh merendahkan sesiapa hanya kerana kebolehan tertentu yang terdapat dalam diri aku. Aku sedar setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Maka,dengan faktor inilah kita akan dapat saling melengkapi antara satu sama lain.
Aku berjanji pada diri aku bahawa aku tidak akan sesekali mengejek,menghina atau mengutuk sesiapa walhal aku teringin nak mengatakan perihal tersebut.Aku tidak akan berupaya untuk menggendong dosa yang terlalu banyak di bahuku. Aku berharap aku dapat menjadi muslim yang sejati.Insha Allah,semoga Allah memperkenankan doa aku.
akhir kata,sebagai penutup tirai.. ada sebuah kata-kata hikmat yang saya petik daripada google.
coretan berbentuk skema dan terlalu berdisiplin
anda semua telah berjaya membaca coretan ini hingga habis.
saya bersyukur.
assalamualaikum.
guud job m8 ( ͡° ͜ʖ ͡°)
ReplyDeletetenkz dear friend.. lama x dengar khabar.. how are u ?
DeleteBoleh lah @ rumah, lol. Nak jln2 though ;D
Delete