Assalamualaikum semua,
Kita dah dapat markah periksa tau.. periksa mid year tu, yang aku rushing giler sampai tak sempat nak ulang kaji semua topik daripada setiap pelajaran. Makanya,aku rasa macam tak puas hati lah.You know, when u already plan and set all of your activities during the week,tapi kau tak follow pon activities yang kau plan tuh. So sakit hati.. I know it's not anyone's fault yang membuatkan aku macam ni.Rasa macam nak berubah,tapi susah..
Ayat Al - Quran ni memberitahu bahawa Allah takkan ubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka ada intention tu ubah diri mereka.
Which brought us the meaning yang... kita takkan berjaya kalau kita tidak berubah. Well,aku terfikir yang aku perlukan motivational quotes untuk aku lebih rajin belajar. Aku dah khatam banyak gila quotes and kata-kata pujangga. Aku mengharapkan kata-kata tu dapat mengubah sudut pemikiran aku,tapi macam tak bawa perubahan apa-apa pon.
So,aku rasa bahawa kalau kita nak berjaya,kita kena melalui kejatuhan. Itu apa yang aku rasa sekarang. Ok, now aku nak cerita kisah aku di sekolah di mana result ku sedang jatuh merudum.
Since I was in Form 1,Ive never ever get straight As.. masa Form 1 tu dimaafkan juga lah..sebab baru nak mengenali PT3.Makanya,kita jadi blur blur gitu. Akhir tahun,aku dapat gred D untuk suject English which effect me the most. Kau bayangkan,apa benda lah aku buat sampai dapat D.Mula -mula aku rasa takdela susah sangat,aku buat je exam tu macam biasa,macam feeling buat UPSR dulu. Tup-tup dapat 56. Amboi.. sakit hati den,mama abah aku apatah lagi.. Rupanya,karangan aku tu aku tak ikut arahan soalan,dia suruh guna semua words dia beri and kena ikut flow cerita dia lah.. Tapi,aku buat ikut sedap je.Dia suruh aku jadi orang yang lemas dalam cerita tu tapi aku buat aku jadi penyelamat orang lemas.So,banyak markah hilang kat situ aje lahh. BM saya dapat C,don't ask why.
Maybe sebab tak baca Komsas,Tatabahasa banyak salah,Karangan tak best dan sebagainya.. Itulah faktor-faktor kenapa aku tak dapat A dalam BM.
YESH, form 2.. Selepas daripada markah periksa akhir tahun Form 1 yang teruk sangat , aku berazam dan beiltizam agar nak berubah.Aku bercita-cita nak dapat straight As. Akhirnya angan-angan hanya tinggal kenangan. Huaa.. no straight As langsung aku dapat pada tahun 2016.
Form 3,kita mengharapkan sesuatu yang berbeza.Sesuatu yang sangat berbeza dengan sesuatu yang aku dapat sebelum ni. Yes,korang baca sesuatu,sesuatu,sesuatu. Semua topik Form 3 yang aku anggap susah dapat aku tepis perasaan tu. Sains best!! Korang boleh berangan jadi doktor.. Lagi2,bila korang belajar tajuk Biologi yang pasal jantung,perkumuhan,pembiakan. Maths tu okok je lah.. Jangan anggap benda tu susah sangat lahh..
Periksa awal tahun,aku dapat Straight As dalam semua mata pelajaran. yey! Alhamdulillah,sungguh aku tak sangka sebab aku rasa aku jawab periksa tu macam biasa je. Nak kata aku belajar rajin2 tak jugak,, sebab aku biasanya belajar last minute.. Tapi syukur sangat2 bila Allah dah pinjamkan perasaan bahagia sampai naik ke bulan. Siapa tak happy bila dapat nombor 1 dalam kelas ft straight As ft for the first time in forever .
Tapi sekarang ni... perasaan tu berubah.. sebab aku dah dapat 2B,apa-apa pon kita kena reda je lah. Itulah usaha kita. Kau nak salahkan siapa ? Diri sendiri je lah.. Kita yang malas . Kita yang takde inisiatif nak belajar . Kita belajar tak konsisten . Kita tak minta pertolongan Allah. Tu semua kita.
Oleh itu, aku berasa geram dengan orang yang membuatkan aku berasa tercabar.
U know this person,setiap kali dapat result exam,dia akan ke meja aku untuk bertanyakan markah aku. Kau fikir aku nak share ? Kalau aku dapat lagi okay daripada kau,kau fikir aku berlagak,aku pulak rasa macam riak sangat.. Bila aku dapat teruk daripada kau,kau mulalah terkinja-kinja. So, untuk mengelakkan segala jenis perasaan tu,baiklah aku diam je. Tapi orang ni jenis memaksa,sampai dia tanya kawan-kawan aku,aku dapat berapa. Kau pahal??? Sibuknya! Sekarang ni rasa malu lah sebab markah aku menurun... Orang lain punya graf menaik.. Aku jatuh ke tangga bawah.
So,aku fikir aku nak baca semua tajuk FORM 1,2,3 . Cuma kena cari masa je. WELL , aku selalu terfikir,fikir,fikir,fikir sampai tak jadi apa apa..Tapi sekarang tidak lagi. Dengan apa yang aku peroleh ni,aku berasa AKU PERLU BUKTIKAN YANG AKU JUGA MAMPU BERJAYA MACAM ORANG LAINN!!
No comments:
Post a Comment