Thursday, June 4

Sharing my SPM result

Assalamualaikum semua . Lama betul aku tak jejak blog ku yang tersayang ni . Biasanya dulu aku rajin sangat nak share kisah kehidupan seharian aku , mood aku , masalah aku . Tapi tahun lepas merupakan tahun hectic bagi aku sebab tahun lepas aku sit for SPM. SPM ? Yes , SPM . Hihihi. Ada tak yang curious dengan keputusan SPM aku ? Mesti ada kan , ada kan . Oops macam attention seeker pulak aku . Maybe ada yang nak tahu sebab nak tengok berbaloi ke aku abaikan hobi aku untuk fokus SPM. Hm, jawapannya YA, sangat berbaloi.

Okaylah , macam ni sebelum aku muntahkan result SPM aku, aku cerita dulu prestasi aku kat sekolah selama lima tahun sebab mungkin ada antara korang yang come across blog aku tanpa mengenali aku. Kita start dari Form 1 dulu ya . Sesiapa yang malas nak baca ni , boleh terus scroll ke hujung post sebab kat situ aku akan post result aku . ;)

FORM 1 | FORM 2
Semua orang aware-kan bahawa format peperiksaan sekolah menengah berbeza daripada sekolah rendah . Memang korang akan tahu pun . Subjek yang kita belajar pon boleh dikatakan agak payah sikit lah berbanding sekolah rendah . Tapi dengar cerita , soalan Matematik UPSR selalu tak masuk akal. Okay, sorry ter-off the topic jap . Tapi memang betul pun kan. Hm okay , so form 1,form 2 ni waktu kau nak adapt sebenarnya dengan subjek yang tahap kesusahan dia semakin mencabar . So, kalau kau tak cepat2 adapt susah lah sebab form 3 dah ada PT3 kan . Tapi special tahun 2020 takde PT3. Mungkin korang ada ujian penilaian lain yang akan tentukan aliran korang semasa Form 4 nanti.
So, nanti aku akan share naik turun results aku semasa form 1 and form 2. Korang nantikan ya. Aku sepatutnya malu dengan prestasi aku . Tapi since ni results periksa 3-4 years ago, so I won't feel a burden to share. 



form 1

form 2


FORM 3 
Masa form 3 ni, graf prestasi aku start tunjuk peningkatan . Aku rasa sebab aku belajar daripada kesilapan yang lepas tambah pulak dengan rasa sakit hati tengok orang lain skor. Cikgu-cikgu pun ajar kita bersungguh-sungguh. Masa form 3 ni , bermulalah titik permulaan aku minat nak belajar subjek sains. Aku tak tahu kenapa, tapi bila cikgu aku ajar , terus masuk dalam ingatan . Bestnya masa tu . Okay malas nak cerita panjang2, so kita share je ye result kita. 

So, markah PT3 aku adalah 9A 1B.

FORM 4 | FORM 5
Kemudian, dengan result PT3 yang aku dapat, aku ditawarkan masuk ke kelas beraliran Sains Tulen. Agak takut tapi aku memang dah aim nak masuk kelas Sains Tulen sebab orang kata kelas sains tulen ni sesuai untuk students yang tak tahu lagi hala tuju masa depan dia , which is sangat sesuai dengan aku , sebab aku tak tahu aku nak jadi doktor ke akauntan ke pelukis ke . Fuh korang nampak macam mana karier tu derived from satu bidang ke bidang lain kan. Semua subjek okok je lah. Antara subjek yang susah sangat nak meresap dalam otak aku adalah subjek Biologi, Addmaths , Fizik. Setiap kali nak belajar 3 subjek ni, aku akan rasa macam suatu mood malas tau. Sebab aku susah nak faham . 

Alhamdulillah , masa form 5, cikgu kelas aku ada uar-uarkan ada seorang yang mahir subjek Fizik nak buat macam kelas sehari untuk ajar Fizik. Tapi pelik kan , macam mana study Fizik dalam masa sehari je boleh tetiba faham Fizik sepenuhnya. Rupa-rupanya cikgu yang ajar Fizik tu merupakan professor. Tak cukup dengan status professor tu, dia pulak nak tawarkan kelas Fizik setiap minggu tu secara percuma. Most importantly, kelas fizik tu duration dia dari pukul 9 pagi sampai 4 petang biasanya. Lama kan. Tapi itu je the least yang mampu aku buat untuk fahamkan subjek Fizik sepenuhnya. Alhamdulillah usaha cikgu mengajar dan aku belajar disertai dengan keberkatan ilmu. Berhasil jugak usaha aku selama ni.

Tapi ada part yang aku sedih which is subjek Biologi. Aku memang minat nak pursue Bio sebab ex cikgu Sains aku berikan insight baru kat aku bahawa subjek Bio tu best ah. Plus cikgu aku pun ajar best. Tapi masa Form 4, aku serious buntu gila pasal Bio. Tak sure apa faktor yang menyumbang kepada permasalahan aku ni. Tapi sekarang aku baru tersedar apa yang aku terkurang masa belajar subjek Bio. Dulu aku selalu salahkan cikgu aku dalam diam,sebab aku memang tak faham apa cikgu aku ajar tambah pulak dengan cikgu aku tu cikgu yang urus Hal Koko , so memang banyak kali jugaklah cikgu tak masuk kelas. So nampak satu masalah disitu ya. Tapi kesalahan besar tu terletak pada aku sendiri jugak. Patutnya, aku kena pre read dulu topik2 yang aku akan belajar sebelum kelas Bio mula. Lepastu basic aku kurang. Latihan pun kurang . Aku pun baru nak pulun topik form 4 ngan form 5 masa 2 bulan sebelum SPM tu. Korang sendiri boleh agak dah turn out nya macam mana. Frust betul aku dengan bio. Tapi lepas ni aku tak nak sangka buruk dengan subjek bio, and aku pun dah apply Asasi Sains Hayat kat UA dalam UPU.



So, basically korang nampak lah prestasi aku sepanjang aku belajar kat sekolah menengah ada turun naiknya. Macam roda. Tapi jangan lupa, kena usaha lebih, banyakkan berdoa , jaga hubungan dengan mak ayah, cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Orang kata kalau sedekah kat binatang pun nanti dia doakan kita. 



So basically itu merupakan graf prestasi lah kononnya. Tapi adik2 jangan tiru ya graf akak yang tak seberapa ni. Mau dapat 1 markah je sebab berjaya plot data correctly . Markah lain semua kena deduct sebab line graf tak smooth , tak plot x-axis and y-axis. Bla bla bla.

Jeng jeng jeng !!!



share sikit gambar yang muka aku flawless kat sini with my mommi<3 p="">
tak dapat bergambar dengan crush so, crush photobomb pon okay ;)


Ya itu je perkongsian kali ni. Ya Allah nak tulis , edit post kali ni pon makan masa berjam2. Sis lelah. Hahaha dah lama tak tulis entry kat blog kann . 
Bye bye !! Till we meet in the next entry.

-Panana-

Friday, March 13

Part time working at Kumon Tuition Center

Annyeong yeorobun !

Hello, today nak cerita pasal kisah aku mengajar di Kumon Tuition Center masa cuti-cuti SPM ni. Sebenarnya tak plan langsung nak kerja masa cuti setengah tahun ni. Awal-awalnya plan nak duduk rumah pastu tengok kdrama , binge-watching semua netflix series , nak improve kan drawing skills aku , pastu nak membaca buku supaya diri ini menjadi lebih berilmiah. Itu la cita-cita awal aku.

Nak dijadikan cerita,kawan aku sorang ni Nabila , dia memang dah apply nak kerja kat  Kumon tu sebelum kitaorang amek SPM lagi. Memandangkan Nabila ni ex student Kumon ( dah tua pon belum jadi completer lagi ) so senang la dia nak kerja sana en. So, tiba2 aunty Masni , ( mama nabila) whatsapp aku tanya nak kerja Kumon takk, then I was like alaaa, nak tido taknak kerja.. Yela, belum sampai seminggu lagi kita enjoy habis SPM en. So, mama aku lah yang bagi details aku kat Teacher Laila (owner kumon) . Then , tuptup kita kerja sana.

Mari kita cerita how is my first day being a part time worker. Ala macam drama Korea tu,sikit2 student buat part time en. Best je tengok, macam produktif gila hidup diorang. Teacher Laila bagi pilihan au kat kitaorang nak kerja berapa lama since gaji kitaorang tu based kepada hours kitaorang bekerja. So kat kumon ni 1 jam rm 4 kau leh dapat.

okay,moving on to my first day there. Okayy, sampai2 di sana, aku terus duduk kat staff punya office and ada this senior ajar cara penandaan macam mana. So senior tu stay kat Kumon dalam 2jam camtu. Then, aku ye ye stay sana 8 jam. Nak dapatkan rm32 la katakan.

Sekali en,perut aku dah meronta-ronta mintak makanan tengah hari tu. Aku pun pergilah memuaskan kehendak sang perut ni. Masa first day mana aku bajet2 en duit nak spend berapa semua, so aku pun turun la makan kat Kedai Wadud sebelah kumon ni. Mula2 mcm awkward au budak perempuan makan sorang2 kat mamak, tapii lantak laa, buat apa aku nak kisah. kankan.

Balik2 rumah tu tetiba rasa macam menyesal pulak gi makan kat mamak. Patutnya aku bawak bekal. Enough with the regrets.

Hari esoknya tu, aku berpeluang lah jumpa budak2 kumon ni. Since kumon hanya buat kelas pada hari selasa , khamis and sabtu. Im not sure kumon lain macam mana tapi kat seksyen 7 ni,mcm tula.

so,kita sebagai penanda ni hanya perlu tunggu budak2 habis buat classwork and then just tanda. Kalau diorang ada persoalan, kita kena lah jawab persoalan2 diorang tu. So, aku cam risau la en kalau budak2 ni awkward ngan aku. serious , takde budak langsung datang kat aku.. Diorang takut ke apa. Yela,since aku stranger en,aku cam reda je la diorang tak datang kat aku. So,aku approach la diorang, dengan bertanyakan " awak dah siap ke,dah siap meh akak tanda". Pastu kita main2 mata ngan dak2 kecik ni pastu buat hand  sign memanggil budak2 ni. So diorang pun datang la kat kita. Easy jer.

Apa yang buat aku terharu sepanjang aku mengajar kat Kumon ni, bila

1) budak budak panggil kau teacher
waaa, srs aku rasa cam aku tak layak dipanggil guru au, sebab aku takde qualification pun untuk mengajar, degree apa belum ada lagi.

2) budak budak pilih kau untuk tanda classwork dia
yess rasa mcm guru yang disayangi sangat sebab menjadi antara teacher pilihan. Feeling dia rasa lagi best au daripada ada crush.

3) budak budak sedih kalau kau tak layan dia 
Yes, ni pun penyumbang rasa gembira aku untuk datang mengajar kat Kumon . Perasaan bila diorang jealous tu bila kau tak layan dia serious lagi best daripada feeling bila boyfriend kau jealous ngan kau. hmm camtulah realitinya.

4)bila kau dah pandai packing hw diorang
wehh korang, srs confusing gila au bagi non kumon student cam aku ni nak faham packing dan sebagainya. Dulu , masa first time aku packing, aku ada lah dimarahi beberapa kali sebab slow learner sangat. WEH , balik rumah tu aku sedih au, ada la air mata aku mengalir setitis dua titis. Pastu , aku mengadu kat mak aku, and kawan baik aku ( nabila , milal ). So bila dah pandai tu , 5 minit aku boleh pack-kan 10 students punya hw. Thanks a lot to Akak Kay yang back up saya masa saya kena marah. Tapi itulah hakikatnya, bila dah habis sekolah ni, macam2 perangai orang kau jumpa.

5)bila boss percayakan kau
yess, ni pun adalah keypoint aku untuk bersemangat datang kumon. yela,kita dah gain trust boss kan. Boss pun selalu suruh aku buat macam2 and dia kenal aku. Yess, tak kesah la orang rasa ni macam suatu perhambaan ke apa, tapi bagi aku dia buat camtu sbb dia dah mulakan trust aku. :)

6)bila budak2 banyak borak dengan kau
yes yes, walaupun aku ada adik yang ramai iaitu 4 orang, bila kerja kumon aku baru tahu budak2 ni peramah rupanya. Bukan segelintir antara diorang ye, tapi semuanya peramah and jujur gila namatey. Hal family pun nak cerita kat teacher. Tapi,teacher layankan je la, maybe dia takde tempat nak luahkan perasaan. Sebab en korang, bila parents diorang sampai, terus diorang jadi cam behave gila au. Dari yang mengada-ngada tak nak buat kerja, terus rushing nak siapkan kerja. Hmm gitulah.

7) bila it's payday!
yess happy sangat bila dapat pegang rm 400. Rasa bersyukur sangat2 bila dapat buat rm 400 dalam sebulan. Walaupun gaji aku tak sebesar kawan2 aku yang kerja kat restoran or butik, tapi dapat banyak cani pon aku rasa Alhamdulillah sangat !