Assalamualaikum semua . Lama betul aku tak jejak blog ku yang tersayang ni . Biasanya dulu aku rajin sangat nak share kisah kehidupan seharian aku , mood aku , masalah aku . Tapi tahun lepas merupakan tahun hectic bagi aku sebab tahun lepas aku sit for SPM. SPM ? Yes , SPM . Hihihi. Ada tak yang curious dengan keputusan SPM aku ? Mesti ada kan , ada kan . Oops macam attention seeker pulak aku . Maybe ada yang nak tahu sebab nak tengok berbaloi ke aku abaikan hobi aku untuk fokus SPM. Hm, jawapannya YA, sangat berbaloi.
Okaylah , macam ni sebelum aku muntahkan result SPM aku, aku cerita dulu prestasi aku kat sekolah selama lima tahun sebab mungkin ada antara korang yang come across blog aku tanpa mengenali aku. Kita start dari Form 1 dulu ya . Sesiapa yang malas nak baca ni , boleh terus scroll ke hujung post sebab kat situ aku akan post result aku . ;)
FORM 1 | FORM 2
Semua orang aware-kan bahawa format peperiksaan sekolah menengah berbeza daripada sekolah rendah . Memang korang akan tahu pun . Subjek yang kita belajar pon boleh dikatakan agak payah sikit lah berbanding sekolah rendah . Tapi dengar cerita , soalan Matematik UPSR selalu tak masuk akal. Okay, sorry ter-off the topic jap . Tapi memang betul pun kan. Hm okay , so form 1,form 2 ni waktu kau nak adapt sebenarnya dengan subjek yang tahap kesusahan dia semakin mencabar . So, kalau kau tak cepat2 adapt susah lah sebab form 3 dah ada PT3 kan . Tapi special tahun 2020 takde PT3. Mungkin korang ada ujian penilaian lain yang akan tentukan aliran korang semasa Form 4 nanti.
So, nanti aku akan share naik turun results aku semasa form 1 and form 2. Korang nantikan ya. Aku sepatutnya malu dengan prestasi aku . Tapi since ni results periksa 3-4 years ago, so I won't feel a burden to share.
form 1
form 2
FORM 3
Masa form 3 ni, graf prestasi aku start tunjuk peningkatan . Aku rasa sebab aku belajar daripada kesilapan yang lepas tambah pulak dengan rasa sakit hati tengok orang lain skor. Cikgu-cikgu pun ajar kita bersungguh-sungguh. Masa form 3 ni , bermulalah titik permulaan aku minat nak belajar subjek sains. Aku tak tahu kenapa, tapi bila cikgu aku ajar , terus masuk dalam ingatan . Bestnya masa tu . Okay malas nak cerita panjang2, so kita share je ye result kita.
So, markah PT3 aku adalah 9A 1B.
FORM 4 | FORM 5
Kemudian, dengan result PT3 yang aku dapat, aku ditawarkan masuk ke kelas beraliran Sains Tulen. Agak takut tapi aku memang dah aim nak masuk kelas Sains Tulen sebab orang kata kelas sains tulen ni sesuai untuk students yang tak tahu lagi hala tuju masa depan dia , which is sangat sesuai dengan aku , sebab aku tak tahu aku nak jadi doktor ke akauntan ke pelukis ke . Fuh korang nampak macam mana karier tu derived from satu bidang ke bidang lain kan. Semua subjek okok je lah. Antara subjek yang susah sangat nak meresap dalam otak aku adalah subjek Biologi, Addmaths , Fizik. Setiap kali nak belajar 3 subjek ni, aku akan rasa macam suatu mood malas tau. Sebab aku susah nak faham .
Alhamdulillah , masa form 5, cikgu kelas aku ada uar-uarkan ada seorang yang mahir subjek Fizik nak buat macam kelas sehari untuk ajar Fizik. Tapi pelik kan , macam mana study Fizik dalam masa sehari je boleh tetiba faham Fizik sepenuhnya. Rupa-rupanya cikgu yang ajar Fizik tu merupakan professor. Tak cukup dengan status professor tu, dia pulak nak tawarkan kelas Fizik setiap minggu tu secara percuma. Most importantly, kelas fizik tu duration dia dari pukul 9 pagi sampai 4 petang biasanya. Lama kan. Tapi itu je the least yang mampu aku buat untuk fahamkan subjek Fizik sepenuhnya. Alhamdulillah usaha cikgu mengajar dan aku belajar disertai dengan keberkatan ilmu. Berhasil jugak usaha aku selama ni.
Tapi ada part yang aku sedih which is subjek Biologi. Aku memang minat nak pursue Bio sebab ex cikgu Sains aku berikan insight baru kat aku bahawa subjek Bio tu best ah. Plus cikgu aku pun ajar best. Tapi masa Form 4, aku serious buntu gila pasal Bio. Tak sure apa faktor yang menyumbang kepada permasalahan aku ni. Tapi sekarang aku baru tersedar apa yang aku terkurang masa belajar subjek Bio. Dulu aku selalu salahkan cikgu aku dalam diam,sebab aku memang tak faham apa cikgu aku ajar tambah pulak dengan cikgu aku tu cikgu yang urus Hal Koko , so memang banyak kali jugaklah cikgu tak masuk kelas. So nampak satu masalah disitu ya. Tapi kesalahan besar tu terletak pada aku sendiri jugak. Patutnya, aku kena pre read dulu topik2 yang aku akan belajar sebelum kelas Bio mula. Lepastu basic aku kurang. Latihan pun kurang . Aku pun baru nak pulun topik form 4 ngan form 5 masa 2 bulan sebelum SPM tu. Korang sendiri boleh agak dah turn out nya macam mana. Frust betul aku dengan bio. Tapi lepas ni aku tak nak sangka buruk dengan subjek bio, and aku pun dah apply Asasi Sains Hayat kat UA dalam UPU.
So, basically korang nampak lah prestasi aku sepanjang aku belajar kat sekolah menengah ada turun naiknya. Macam roda. Tapi jangan lupa, kena usaha lebih, banyakkan berdoa , jaga hubungan dengan mak ayah, cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Orang kata kalau sedekah kat binatang pun nanti dia doakan kita.
So basically itu merupakan graf prestasi lah kononnya. Tapi adik2 jangan tiru ya graf akak yang tak seberapa ni. Mau dapat 1 markah je sebab berjaya plot data correctly . Markah lain semua kena deduct sebab line graf tak smooth , tak plot x-axis and y-axis. Bla bla bla.
Jeng jeng jeng !!!
share sikit gambar yang muka aku flawless kat sini with my mommi<3 p="">3>
tak dapat bergambar dengan crush so, crush photobomb pon okay ;)
Ya itu je perkongsian kali ni. Ya Allah nak tulis , edit post kali ni pon makan masa berjam2. Sis lelah. Hahaha dah lama tak tulis entry kat blog kann .
Bye bye !! Till we meet in the next entry.
-Panana-
No comments:
Post a Comment