Assalamualaikum,ini draft post yang dah lama aku simpan dalam blog ni.
Harini aku datang sekolah dalam keadaan terpaksa. Harini jugak lah hari yang aku dah bayangkan aku lepak kat rumah. Tapi,malangnya harini jugalah pengawas pusat sumber diwajibkan hantar tag pengawas. Sungguh menghampakan betul.
Dekat sekolah,ada sebuah program yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling. Entah kenapa aku rasa macam malas sangat , sebab aku fikir harini cikgu tak buat aktiviti dan kita boleh buat aktiviti sendiri. Rupanya tak. Aku pun turut ikut sama lah program yang cikgu anjurkan tu.
Program tuh pasal Future Engineer ke pebende tah. Sori,tak ingat nama.Aku pun macam alamakk,aku tak nak jadi engineer. Kenapa akak2 and abang2 siswa ni beria2 nak buat program tentang engineering kat sekolah ni. Haritu mood aku memang down,sebab tak dapat nak ponteng. Hua.
Lepastu,akak2 and abang2 tu susun lah kita mengikut group. Nasiblah dalam group aku ramai yang aku kenal, so agak kurang kekok sikitlah kan kalau nak berbincang ke apa. Lepastu, host tu ada cakap yang semua grup kena laksanakan sebuah projek yang dapat memenuhi kehendak host tuh la. Contohnya dia kata,cuba buat satu pasu yang kita tak perlu siram hari2 , cuma seminggu sekali je. Camtulah kononnya task dia,tapi takdelah teruk sampe camtu , serabut otak berfikir.. tak pasal2 migrain.haha
Task pertama yang kitaorang dapat ialah :
Cipta sebuah bekas untuk memasukkan bola pingpong ke dalamnya dengan syarat bola ping pong tersebut tidak boleh melantun keluar dari bekas itu.
Alatan : Straw , Sellotape
Rakan - rakan, yang merah kat atas gambar atas sekali tu bukan bacon ye. Kuning tu pulak donat kurus. hehe
Realitinya :
Task kedua pula :
Bina projek yang dapat tampung paling banyak guli dalam air dengan keadaan terapung. Kalau dia tenggelam,alamatnya fail lah sesebuah ciptaan tuh.
Alatan : 4 cawan polisterin , sellotape , lidi , chopsticks , belon , gelang getah
Mula-mula, ada mamat ni suggestkan buat macam ni :
Lepastu,semua orang macam malas nakmula buat.Pastu aku cadangkan lah supaya kita boleh buat macam ni :
Lepastu masa aku tengah keluarkan idea aku, tiba-tiba muka abang fasilitator tu macam pelik. Aku pun dapat sense lah mesti idea aku ni salah konsep en. Abang fasi tu cakaplah kalau letak belon dekat atas tu macam useless. So,bermula daripada itu,muka aku terus jadi merah sebab maluu giler.
Akhirnya,usaha aku untuk mencentuskan idea tu berbaloi jugak sebab ada beberapa orang yang dengar idea aku tu setuju dengan aku,tapi diorang ubah2 sikit lah cara pemikiran aku.Lepastu ada satu benda yang buat aku kecewa masatu, aku sedih sebab kawan baik aku sendiri tak nak support aku,padahal orang yang aku baru kenal beria2 tolong aku and dengar pendapat aku sampai habis.. tapi kenapa bestfriend aku yang aku dah kenal bertahun-tahun macam x sure je dengan cadangan aku.Sedih aa.
Hasilnya:
Kitaorang guna semua bahan tau. Tak tinggal satu pun,kecuali ada yang lebih2 macam lidi tu tak dapat nak dielakkan lah. Belon kitaorang dapat tu 3 je,tpi kitaorang hanya guna 2 je sebab nanti tak balance dengan harapan dapat lah tampung guli banyak2.
Real punya gambar :
Cuba teka projek kitaorang dapat masukkan berapa banyak guli ?
Tekalah.
Dah teka ??
Projek kitaorang berjaya menampung jumlah maksimum guli ,iaitu sebanyak 200 biji.WAH WAH
percaya tak ? percaya tak ? aku pun tak percaya,tapi syukur lah sebab akhirnya kumpulan kitaorang dapat tempat ke-3 daripada 10 kumpulan.Dapatlah hamper makanan..Pastu masa gegirls tengah bukak hamper nak agihkan kat ahli grup,semua lelaki cam malu2 nak amik.entah kenapa.Hei, orang malas selalu rugi tau. Tak pasal2 kitaorang bawak balik banyak makanan.. Suka lah adik2 aku nampak aku bawak jajan balik rumah..last2 , aku yg tak dpt merasa jajan tuh. -_-
So,itulah kisahnya,daripada bad mood terus jadi good mood. Happy sangat sangat dapat menang hamper tuh.Syukur kepada ALLAH.
BTW,kalau ada siswa yang merangkap fasi2 kami semasa program ni terbaca post ni,minta halalkan ye gambar yang saya snap dari ig ni , hehe
Thank u sudi baca,tinggalkanlah komen yang baik-baik ye,insya-Allah saya akan membalasnya. :)
wah tahniah! lama takbuat benda benda mcm ni haha biasalah dah habis skolah :P
ReplyDeletejemput join giveaway sha - http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
i miss those days masa study dulu
ReplyDelete