Monday, October 31

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha






klik banner untuk join ye korang !

assalamualaikum semua,maaflah sebab kali ni blog aku dipenuhi entri-entri yang pasal giveaway,contest,segmen tambah followers semua.kali ni giveaway dia agak menarik sebab hadiah dia merupakan lipstick.Aku tak rasa ni macam lipstick dia macam gloss tapi matte lah rasanya.Ni ikutkan apa yang aku perhati ye,tak kaji dalam dalam lagi..Teringin juga nak ada set makeup..walaupunn.. walaupunn hanya lip gloss,lipstick dan sekutu dengannya.. Orang kata apa.. 
   ' sikit sikit lama lama jadi bukit ' tapi rasanya aku tak perlu kumpul makeup set sehingga tinggi bukit.. melampau gamaknyaa haha.. tapi kalau dah minat tu,banyak mana sekalipun kita takkan rasa cukup kan , sebab minat jadi macam nak lagi nak lagi..

Shade dough by Hanis Zalikha ni katanya harga mencecah RM 50 ke atas. RM 55 okay.. Fuh,sape je nak bagi lipstick RM 50 tu senang senang kan? Sebab tu lah kita jangan lepaskan peluang keemasan keperakan kegangsaan ini..hehe manalah tahu ada rezeki nak menang kan. 

Okay,sekarang apa aku nak buat adalah menulis kebaikan yang pernah aku lakukan..haha bukan nak ro ya alif hamzah ye rakan - rakan..kerana ini merupakan syarat pertandingan..so,kita pun have to obey the rules in order to achieve something great or maybe greatest. haha merapu jap.. tutup mulut walaupun tangan yang menulis hiks.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RANDOM KINDNESS I'VE DONE

Assalamualaikum,memandangkan kita kena ceritakan kebaikan yang kita lakukan,aku terfikir sambil merenung ke kaca monitor milik mamaku.Lama aku fikir kebaikan apa aku dah lakukan.Aku ni bukanlah seorang yang selalu buat kebajikan kepada orang lain kerana tahap penyayang aku tak setinggi orang penyayang yang lain.Suddenly.. eceh cakap BI pulak.Aku teringat yang harini aku dah tolong mak aku.

Apa yang aku buat adalah,bangun pagi..kemudian turun menyusuri anak tangga ke bilik tetamu.Di bilik tetamu tersimpan barang berharga yang aku,abah dan mama sangat sayang.. Cuba teka apa benda ni.. sebab adik2 aku tak kisah sangat kalau benda ni ada ke takde ke.Dah teka ? ke penat dah nak meneka haha.. Mesin jahit..yeshh aku bangun and terus memesin baju aku..kerana itu merupakan hobi aku..menjahit.Beberapa jam lepastu,mama panggil suruh masak air.Aku jalan  ke dapur dan terus mengambil cerek untuk masak air.Alah benda biasa jer.Kemudiannya,aku ditugaskan untuk masak 'breakfast' untuk ahli keluarga aku..Yeah,ini pon simple juga.Aku masak cekodok. LOL.walaupun sounded agak cokia,tapi terimalah hakikat yang aku masak cekodok.. alah cekodok je bukan nasi lemak ke hahah..

Aku pon sambung menjahit baju aku..kerana sudah begitu lama hamba tidak menyentuh mesin jahit tercinta. HEH.then,aku nampak mama tengah vacuum kereta. Kesian mama,tadi aku langsung tak ambil tahu apa yang mama aku buat.Sekarang,mama aku tengah sakit sakit badan daripada kemas kereta tadi.Aku terus sarungkan tudung di kepala dan berjalan keluar melalui pintu utama rumah.Aku pun nampak ada sebakul baju lembap yang belum tersidai.Jadi,aku cakap kat mama..mama nak sidai ke? Nana sidai eh.. jadi,aku pon sidailah baju baju tu.Kebaikan ni pon takdelah macam hebat sangat..Perkara biasa anak sulung kena buat ;)

Aku masak lunch untuk fam.Sebenarnya lunch yang aku masak tak berapa masak sangat lah.. Hanya sediakan makanan atas meja dan goreng telur 2 biji,masak sup sayur for Jannah,kukus sambal ikan semalam dan panaskan kuah lemak kobis.Harini aku yang conquer dapur dan mengambil alih sedikit tugas mama aku.Tak sangka penat macam ni..Buat para ibu di luar sana, I SALUTE YOU !

hah,dengan itu berakhirlah random kindness story aku.Tak kreatif nampaknya.. sebab tak boleh nak fikir dah .. lagipon sebenarnya.. ini idea mama aku.Aku tanya mama apa kebaikan nana eh,so mama jawab ceritalah what you've done today.. idea mama kreatif cuma cara penyampaian aku kurang menarik kan,takpe aku dah puas dengan apa yang aku nak tulis and that is my random kindness story!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

instagram Nana : @nanahaha_
**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**
dengan itu,aku pon mengakhiri lah entri kali ni dengan 

Image result for assalamualaikum
bye ! goodluck kepada yang join ;)



Birthday Giveaway by KasihkuAmani



hye hye hye semua !
harini aku tak tau nak post apa jadi,aku decide nak enter contest banyak2 mana tau ada rezeki..
korang apa tunggu lagi jom la join sekali.. klik pada banner untuk join.. keh?

Syarat Penyertaan:
1. Mestilah blogger di Malaysia.
2. Sila follow blog KasihkuAmani.
3. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Birthday Giveaway by KasihkuAmani.
4. Letakkan banner pada entry.
5. Banner hendaklah dibacklink ke sini.
6. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.

7. Pemenang akan dicabut oleh Sha dan juga Suami. 


Hadiah Untuk Pemenang
Sebuah Novel X 4 orang pemenang
(Hadiah akan ditambah bergantung pada penyertaan)
Update : SENARAI HADIAH

Tarikh Giveaway : 01 Oktober 2016 hingga 30 November 2016
Pengumuman Pemenang : 01 Disember 2016
Tempoh Menuntut Hadiah : 01 Disember 2016 hingga 7 Disember 2016


Friday, October 28

GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT






untuk join giveaway ni,anda boleh la klik pada banner.
jangan ever ever lepaskan peluang cemgini..
 saya join giveaway ni !

Fav Song - Gmie Screen Januari

Episod Gegar vaganza minggu lepas,membuatkan aku jatuh cinta dengan seorang mat jawa ni.Suara dia sedap lah,tenang je lagu tu pon.Aku ni sebenarnya remaja yang jiwang dan berjiwa orang tua.haha,sebab suka tengok gegar vaganza .Kalau aku,aku lebih prefer gegar vaganza berbanding AF..sebab aku lagi suka tengok yang ada jihan n nabil,lepastu ada tok ram pulak,so mmg kena lah.






 Ni lah dia,orang yang aku jatuh cinta dengan.Suara dia Allah kurniakan,sangat sedap.Korang trylah bukak video ni,mesti korang pun turut sama akan dari mata naik ke telinga turun ke hati dan akhirnya flush keluar.haha,faham tak agaknya ?

orang sebenar yang nyanyi tu ialah glenn fredly,wow tak nama dia.. dia ni indonesian R&B singer..

Terimalah..
   
                                                         Januari by Glenn Fredly



pagi-pagi ni nak share lagu ni je,then nak observe benda apa lagi yang aku boleh bebelkan dengan para pembaca.

Wasalam,




Thursday, October 27

5 + 1 Perkara yang korang kena buat sebelum Exam WEEK

kalau kita belajar,kita berjaya.
kalau kita malas,kita tak ke mana.
kalau dah belajar,buat periksa pun happy,
kalau tak study apa apa lagi,buat periksa pun rasa nak pijak koyak kertas soalan tu,
betul tak?

apa salahnya belajar awal awal sebelum exam?
aku bukanlah orang yang rajin sangat and selalu dapat top 5 dalam tingkatan,no no im not that person.Tapi,aku pon bukanla orang yang dapat top 100.Aku ni pelajar top 10 dalam tingkatan jer,tapi aku pon melakukan banyak sangat kesilapan.Top 10 aku tu tak dikira macam yang excellent student..buktinya.. apa yang korang baca ni,tak pening ke.. yang paling penting,faham ke? tentunya tidak,aku rasa sangat sakit hati bila exam tu minggu depan,baru terkial kial nak bukak buku,kena pulun 1 buku teks untuk setiap subjek,tak cukup dengan itu,form 1 punya subjek pun sama.Senang cerita,memang payah sungguh la nak study lewat lewat ni,kena stay up sampai pukul 3 sebab tak cukup masa nak belajar..kan senang bila setiap hari kita belajar,kita fahamkan,kita ulangkaji,tanya cikgu yang mana tak faham,takdelah dok stress fikir bila aku nak tamatkan proses ulangkaji ni..ulangkaji tak salah,yang salah tu..apabila kita baru nak belajar the whole book pada satu masa.Sangat sukar,sangat susah.. no no !

mengajar orang yang tak pandai
apabila kita mengajar kawan kawan yang tak sebijak kita,in sha allah kita dapat menguatkan lagi kefahaman kita, sebab biasanya kawan selalu tanya. ' ni macam mana ?' kita pon jawab macam ni lah,dia tanya lagi 'kenapa kena macam tu?' kita jawab lagi..dia tanya lagi,,jadi akhirnya sama sama bersoal jawab.. dan itu dapat meningkatkan daya tahan otak kita, eh eh.. daya kefahaman sebabnya kita mengajar orang lain,kita dapat pengajaran daripada kawan yang kita ajar tu..boleh faham tak apa yang aku nak sampaikan ni?

latihan yang banyak
membuat latihan dengan banyak akan menyebabkan seseorang berpeluang mendapat soalan bocor..nak tau kenapa? sebabnya..bila kita dah pernah buat pelbagai soalan,kemungkinan besar soalan soalan yang kita buat tu,akan muncul dalam exam,sebabnya al maklumlah cikgu pon copy soalan jer..so anak murid dapat peluang lah untuk skor.. jadi jangan lepaskan peluang,buat soalan banyak banyak cepat !!

kalau tak faham mathematic ?
jika tak faham subjek maths,gunakan kaedah yang sama juga macam atas tadi..buat latihan,sebabnya apabila kita dah selalu buat latihan soalan yang susah susah,kita takkan ada hal untuk buat soalan dalam peperiksaan. macam apa yang aku baru hadapi,aku buat 3 buku latihan subjek maths,alhamdulillah soalan dalam exam tak sesusah soalan dalam buku latihan tu..so,tunggu apa lagi? buat latihan and you will understand .. okay ? kalau tak faham tanya orang yang pro ye.. jangan berdiam diri,nanti sesat ke mana hehe.

restu ibu ayah
janganlah kita sakitkan hati ibu ayah semasa nak dekat exam ni.. nanti allah tak reda,bila kita tak diredai,soalan yang kita buat pon macam tak terbuat..sebabnya ada problem ngan parents.. so,jangan pernah sombong untuk meminta maaf jika berbuat silap,k?

jangan lupa ALLAH
jangan tinggal solat,sentiasa doa,diiringi usaha dan tawakal.. bila dah berjaya ucapkan alhamdulillah and janganlah solat masa nak exam jer,tak baik tau.. solat sepenuhnya lah setiap hari...okeh?









Bagaimana untuk backlink ?

hai korang !

aku dok fikir berminggu-minggu cara nak backlink ni.. sebabnya bila kita enter contest,selalu admin tu suruh backlink,kita pon dok le tertanya tanya backlink tu apa? sama la macam aku..budak baru kan..takpe boleh belajar.

senang jer,korang biasanya kena post kan gambar kan yang mereka dok panggil banner tu,hah memula ..

1.copy dan paste gambar banner di blog korang gambar tu.


2.copy juga website yang hendak di backlink kan



3.dekat post korang tu,carik link yang ada line biru menggarisi perkataan link



4.tekan gambar,lepastu tekan link and then paste kan website kat situ dan jangan tulis apa apa kat text to display tu



5. done!


contoh :



1. aku copy dan paste gambar dari blog aku 

http://nfhuzairi.blogspot.my/2016/10/neelofa-akan-berlakon.html

2 . website pulak
http://nfhuzairi.blogspot.my/2016/10/neelofa-akan-berlakon.html

3.tekan gambar seterusnya link 

4.dah siap la tu , tak caya cuba test





Segmen Bloglist November by Cik Nur


tekan banner untuk ke website

gue join ya !
meh ramai2 join sebelum segmen tamat !





Jangan membenci,please !


hye semua ! apa khabar ? lamanya lah tak post entri,mana taknya semak blog sendiri pon dah jarang-jarang.Buat entri kali ini..aku nak cerita apa nasib kita bila kawan tiada.. apalah nasib kan ?

Aku bukanlah seorang yang pendiam sebenarnya, bagi siapa yang betul betul mengenali aku.Aku pun bukanlah juga orang yang tidak suka bergaul.Tetapi apalah nasib aku sampai macam ni sekali,payahnya hidup tanpa komuniti.

Aku pernah terfikir jikalau aku ini patut berpindah ke sekolah lain,sebab dah tak tahan duduk dalam kelas yang budaknya langsung tak pernah nak ambik tahu pasal aku dan kawan aku.Dalam kelas,aku berkawan dengan 2 orang budak berkaca mata.Amirah dan Rasyidah.Diorang kawan yang baik,walaupun pernah mengecewakan aku berkali kali,tapi diorang tetap setia dengan aku.

Haih.. haihh

Bila dalam kelas,kena buat group dalam empat lima orang untuk projek apa2,takde sesiapa yang willing nak bersama ngan kami,apa salah kami? Sedihnya jadi orang yang takde siapa nak kawan.

Aku tak faham kenapa budak dalam kelas benci sangat dengan Rasy,apa salah dia? Hanya sebab dia ni gaya macam 'nerd',mesti ke semua orang benci dia? Tak perlu lah nak anti sangat dekat orang lain hanya sebab personaliti mereka yang lain daripada kita.Semua orang tak suka dia,sampai asyik 'teasing' dia jer.Benci dia sampai sorokkan botol air kawan dia,benci dia sampai buat group chat mengumpat pasal dia,aku tanya apa masalah korang ?

Tolonglah jangan pulaukan orang orang yang lain sedikit daripada kita,mungkin bila kita perlukan pertolongan,orang yang kita benci tu lah yang akan membantu kita.

Jangan membenci..






Sunday, October 16

šŵëĕt.šöʊř.Նĕγʀǟ.by.₣ûzყ.™: Segmen ~ Pencarian bloglist November by Aisyhah Nyais

klik sini !!!

   hye semua ! sorilah takde apa yang nak diborakkan,memandangkan periksa dah nak dekat so,nak tulis panjang-panjang pun takde masa jadi,aku nak update sikit2 je.Aku masuk pencarian bloglist ni hehe...penulis blog2 yang lain bolehla join untuk masuk dalam bloglist bulan november akan datang.
Dia kata kena tag 3 kawan,memandangkan takde kawan sangat jadi..saya anggap siapa yang saya tag ni adalah kawan saya..tapi x bermakna yang saya tak tag tu bukan kawan saya..cuma,ini yang friendly2 ngan saya hehe..sayang korang ! meh la join

disebabkan syaratnya perlu tag,saya tag jelah anda2 semua ni.. 

okay,bye bye semua sambung baca komsas balik 






             

Wednesday, October 12

Masalah Blog Aku


Haii.
 Blog oh Blog

Sukanya bila tengok blog orang template dia comel comel.Rasa geram je nak cubit cubit sampai berdarah. cehh. Kita teringin jugak nak ada blog cute baru rasa bangga sikit.Bukan apa,aku rasa takde apa yang menarik kat blog ni.Nak kata penulisan menarik,err tak kot.Nak kata tuannya lawa,hampeh.Jadi,dengan adanya kuasa kecomelan template blog,mungkin aku rasa boleh menjadi faktor penarik pembaca ke blog.

Aku selalu blogwalking tengok korang punya blog.Comel sangat sangat.Sampai ada rasa jealous.Tapi takdelah jealous macam  

    ' Ish asal blog dia lawa sangat ha? Aku punya ni haprak! Satu apa takda yang menarik ! '

Kita cuma macam ' Oh comelnya,satu hari nanti kot'

Tapi sekarang ni dah tak tahan sampai lah aku jumpa website blogskin.

Ohh,itulah website yang selama ni aku cari.Korang semua pakai template kat sini kan ? Dah download lebih kurang 3 template tapi still tak reti guna.Hua. Sesiapa yang pakar,bolehla ajar aku.
Rasa insecure lah tengok blog yang berseri-seri tu.

Aku rasa blog aku ni macam memerlukan isi yang best macam masalah-masalah remaja sekarang,apa yang aku lalui di sekolah,dan tidak lupa juga isu-isu cintan cinton yang menjadi perbualan hangat remaja zaman sekarang.No worries,fitrah manusia.Cuma jangan melebih !

Bila kita ada isi yang best,ayat yang perfect,penarik yang comel maka bilangan followers juga akan menjadi super extreme banyak kan ? Aish,bila lah ni? 

Update blog ;
hmm,buat masa sekarang ni agak susah nak meng-update blog disebabkan oleh kesuntukan masa.Tau tau jelah nak exam kan,ke ada diantara korang yang dah tamat pun,freedom daripada kesengsaraan belajar ? wah untunglah ! belajar takde masalah,cumanya..ada lah few things yang menghalang kita nak belajar,Kihkih faham faham jela.Salah satunya blog ni.Aku tak tahulah result kelak macam mana.Harapkan yang terbaik .

Memandangkan dah berbicara mengenai pelajaran,maka timbullah bibit-bibit keinsafan dalam diri.Sebabnya,masa kita menyeksa diri nak periksa ni sekejap je,tapi bila kita dapat result bagus esok,lama kebahagiaan kita kan?
faham ke apa aku cakap ni ? hehe.. tak faham boleh tanya 

Sampai di situ sahaja coretan saya pada kali ini,
sebabnya.. bibit bibit keinsafan dah timbul 
haha.. 
bye  !!



Monday, October 10

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom





 Assalamualaikum,nampaknya blog aku ni dah dipenuhi dengan contest contest yang aku masuk.Tapi takpe,ini merupakan usaha dalam mencapai kejayaan.Korang jangan tunggu tunggu lagi,tekan and join !

Dalam usaha untuk memeriahkan lagi dunia blogger ni, serta menambahkan followers dan juga menggalakkan kerajinan untuk blogwalking kat blog korang, Yana dengan sukacitanya melancarkan segmen pencarian bloglist untuk ditempek di blog Yana Pink Blossom mulai November hingga Disember 2016 ini.

klik sini !!!!



*Cara Penyertaan*
  1. Buat entry bertajuk Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom;
  2. Copy & paste semua coding yang disediakan di ruangan entri anda (HTML);
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entri asal iaitu entri segmen di blog Yana Pink Blossom. Sekiranya tidak, entri korang tidak diterima;
  4. Publish dan tinggalkan link entri korang di ruangan komen entri asal segmen sahaja. Komen di ruangan entri lain tidak dikira yer;
  5. Klik link yang diminta sebagai sumbangan jujur dan ikhlas (^^,); dan
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah adalah 31 Oktober 2016 jam 12.00 midnig


Wanted Ohsem Bloglist Blog Kaklong


klik sini !!!!!

Jom tambah followers bersama #jmbelog






K-Drama Shoot Di Malaysia


hai korang.. eh eh Assalamualaikum.,
Haaa, memandangkan nak dekat cuti-cuti ni.. cewahh, exam pon belum mula lagi..tapi takpelah. korang tau tak latest k-drama yang muncul di kaca tv baru-baru ni? Buat pelanggan-pelanggan kdrama yang setia menonton,mestilah korang tau kan apa drama2 best yang dah keluar,yang akan
keluar.


Kali ni special sikit sebab drama korea ni dia berlakon kat Malaysia.Negara siapa tu? eh eh tanya pulak.Malaysia tanah airku.Tajuk cerita ni adalah On The Way To The Airport. Haa,macam pernah dengar kan? Korang adalah tu tertengok iklan kat tv.Aku syak dia berlakon kat Malaysia sebab ada kes kapal terbang tu kot.Tapi tak jugak..Sebab ada kapal terbang air asia.Okeh..

SINOPSIS:
Kim Ha-neul, Lee Sang-yoon, Shin Sung-rok, Choi Yeo-jin and Jang Hee-jin, 
( orang orang kat atas ni,dia berkahwin dengan orang yang berlainan)
tapi.. mereka dua orang ni kerap bertembu (collide)jer.. so,last last diorang ni
ambil tahu lah perihal serta masalah yang dihadapi antara keluarga satu sama lain.

huh ok x aku bagi penerangan ?

kalau x faham jugak,bolehla tengok teaser kat bawah ni yer


haa, bangga tak nampak negara sendiri dalam drama korea yang satu dunia tengok?
tapi kalau korang mula tengok,korang akan macam 
' eh dia kat malaysia ke kat korea'
kengkadang pening2 tapi bagi siapa yang sanggup bertahan ngan kepeningan tu,jemput tengok k?
hehe.. btw,kenal ke pelakon-pelakon drama ni?
yang dah kenal tu diam,ceh.. jahatnya.





tapi.. walaupon diorang ni dah berkahwin,tapi spouse diorang mcm tak kesah je antara satu sama lain..sebab tu lah terjadinya curang ni. HEHE..

penerangan gambar di atas :
-perempuan baju putih tu isteri rambut terpacak-pacak tu.
-perempuan rambut pendek baju putih tu isteri mamat poyo sebelah dia tu
-baju hijau tu bff si rambut pendek tu.

tapi.. tak tau pulak kalau kawan dia yang hijau tu tikam belakang dia..dengan..ber-couple dengan suami dia..

so ? nak masukkan dalam list drama korang,silakan..

sampai disitu sahaja coretan kali ini,sehingga kita bertemu lagi di dalam entri akan datang




Monday, October 3

Neelofa berlakon drama !!






Hyee !! tak sabar nak cerita kat korang yang bahawasanya Noor Neelofa Mohd Noor akan kembali semula berlakon. Wah bagi peminat Neelofa yang lain pun,mesti turut sama happy kan ? Nak tau
Neelofa ni berlakon cerita apa?


#IDEA : HIDUP KORANG AKAN MENJADI LEBIH SENANG SELEPAS ..

   
   Haa.. awak awak semua dah baca tajuk ? Mesti tak sabar kan nak buat life korang yang susah tu menjadi senang macam baby.Hehe gurau je.Perkara ni actually dah menjadi trendy pon and aku tak perlu nak explain panjang lebar.Asyik bebel jer point pon entah kemana. haha, pernah tak bukak youtube ke explore page kat instagram,recommend korang tengok life hacks ? Kengkadang scroll scroll terjumpa.And bila terjumpa tu bolehla tengok sebab dapat memberikan benefits untuk korang.


Sunday, October 2

Teman Babah Pergi Rumah Sewa

Hai hai hai korang ! Hari ni aku teman babah gi rumah sewa kat Saujana putra. Rumah tu perlukan pembaikan sebab dah teruk sangat. Jadi,sebelum ada orang nak menyewa kenalah kemas leklok.

Our first stop selepas keluar rumah ialah, Seksyen 8.Kitaorang beli sarapan dulu sekali dengan makanan tengah hari.Cer teka kitaorang beli apa ? Teka .. Teka.. Dah teka dah ? Ke penat nak teka ? Haha sori eh annoying sikit. Kami beli nasi lemak 4 bungkus untuk dua orang . Then,kita pon teruskan perjalanan ke SP dengan tujuan mengemas rumah.

Entah kenapa, masa dalam kereta rasa ngantuk sangat sangat walaupun bangun tido lambat pukul 8 pagi.Sinar pagi menyinar dengan terangnya tetap tak boleh bukakkan mata aku yang meminta minta untuk direhatkan.

Saturday, October 1

Bonus 1 hari cuti



Assalamualaikum.

Korang faham ke apa bonus satu hari cuti ? tau tak ? yang kita makin hampiri ni . ha dah tau dah ke?Yes betul cuti awal muharam.Hm,dah masuk tahun hijrah baru dah kan korang.Tak sangka awal sangat,awal ke? Agaklah.Kalau tahun baru,maksudnya buku amalan pon baru kan.Tapi rasanya cuti ni takdelah syok sangat sebab peperiksaan makin hampir jadi rasa bebas tu masih belum dapat dikecapi lagi.Bila nak belajar untuk exam ni,pelbagai dugaan datang bertimpa-timpa.Macam macam jenis lah kan.

List sebab kenapa malas nak belajar  :

1 . Malas 
masalah ini dah biasa sangat and ramai orang hadapinya tapi cara nak menyelesaikan problem ni masih aku belum jumpa.

2 . Program Koko
hehe . walaupun hari koko cuma satu hari tapi still menjadi alasan kenapa aku malas nak belajar. sebabnya tak boleh fokus lah korang.masa hari kokurikulum nanti kena jual and sekarang masih mencari idea nak jual apa.

3 . Tiada pendorong
hmm korang tau tak apa maksud tiada pendorong ? Macam takde orang nak bagi semangat untuk study,guys I need motivation. sorrylah mengada sikit.tapi serious saya perlukan orang yang menyokong dan mendorong untuk belajar.

4 . Social Media 
inilah benda yang lebih mengganggu.susah betul nak tolak benda ni dalam hidup kita . macam susah sangat lah nak hindari daripada jumpa benda ni. Sebab kita dah terbiasa so bila nak jauhkan diri jadi susah.hua..contohnya macam instagram , whatsapp selalu sangat nak stalk orang dengan nak chitchat with friends.susah susah

itu je kot.

Tapi problem ni lah yang aku sampai sekarang tak boleh nak solvekan. Cam mana ni korang ?
Cuti tiga hari je. peperiksaan akhir tahun pulak ialah periksa yang aku nak skor.Please help me.eh eh blog my mom panggil lah nak makan kat luar..bye bloggy baby huaa!

So bonus is not so bonus .