Thursday, October 27
Jangan membenci,please !
hye semua ! apa khabar ? lamanya lah tak post entri,mana taknya semak blog sendiri pon dah jarang-jarang.Buat entri kali ini..aku nak cerita apa nasib kita bila kawan tiada.. apalah nasib kan ?
Aku bukanlah seorang yang pendiam sebenarnya, bagi siapa yang betul betul mengenali aku.Aku pun bukanlah juga orang yang tidak suka bergaul.Tetapi apalah nasib aku sampai macam ni sekali,payahnya hidup tanpa komuniti.
Aku pernah terfikir jikalau aku ini patut berpindah ke sekolah lain,sebab dah tak tahan duduk dalam kelas yang budaknya langsung tak pernah nak ambik tahu pasal aku dan kawan aku.Dalam kelas,aku berkawan dengan 2 orang budak berkaca mata.Amirah dan Rasyidah.Diorang kawan yang baik,walaupun pernah mengecewakan aku berkali kali,tapi diorang tetap setia dengan aku.
Haih.. haihh
Bila dalam kelas,kena buat group dalam empat lima orang untuk projek apa2,takde sesiapa yang willing nak bersama ngan kami,apa salah kami? Sedihnya jadi orang yang takde siapa nak kawan.
Aku tak faham kenapa budak dalam kelas benci sangat dengan Rasy,apa salah dia? Hanya sebab dia ni gaya macam 'nerd',mesti ke semua orang benci dia? Tak perlu lah nak anti sangat dekat orang lain hanya sebab personaliti mereka yang lain daripada kita.Semua orang tak suka dia,sampai asyik 'teasing' dia jer.Benci dia sampai sorokkan botol air kawan dia,benci dia sampai buat group chat mengumpat pasal dia,aku tanya apa masalah korang ?
Tolonglah jangan pulaukan orang orang yang lain sedikit daripada kita,mungkin bila kita perlukan pertolongan,orang yang kita benci tu lah yang akan membantu kita.
Jangan membenci..
Labels:
personal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment