Hai hai hai korang ! Hari ni aku teman babah gi rumah sewa kat Saujana putra. Rumah tu perlukan pembaikan sebab dah teruk sangat. Jadi,sebelum ada orang nak menyewa kenalah kemas leklok.
Our first stop selepas keluar rumah ialah, Seksyen 8.Kitaorang beli sarapan dulu sekali dengan makanan tengah hari.Cer teka kitaorang beli apa ? Teka .. Teka.. Dah teka dah ? Ke penat nak teka ? Haha sori eh annoying sikit. Kami beli nasi lemak 4 bungkus untuk dua orang . Then,kita pon teruskan perjalanan ke SP dengan tujuan mengemas rumah.
Entah kenapa, masa dalam kereta rasa ngantuk sangat sangat walaupun bangun tido lambat pukul 8 pagi.Sinar pagi menyinar dengan terangnya tetap tak boleh bukakkan mata aku yang meminta minta untuk direhatkan.
Sampai sampai sana,kita pon masuk dalam rumah and Abah cepat cepat tukar baju terus pergi bertukang.Mula mula Abah betulkan wayar kat living room tapi tak berjalan lancar sebab ada few problems yang tak dapat disettlekan.Masa Abah bebel bebel tu,aku pon terus merebahkan badan kat cushion dan terus zzzz.Teruknya lah kan.
Masa dah terbangun,Abah masih lagi dengan plag and wayarnya.Lama betul aku rasa Abah betulkan wayar tu.Berapa jam kot aku tidur.Takkan daripada tadi tak siap2,lepastu Abah give up and teruskan kerja memasang jubin.Jubin tu tiles.Tiles tu mozac.ala mesti korang tau punya .
Abah start bancuh simen.Yeay favourite aku la bab bancuh membancuh ni.Aku kata kat Abah nak buat cekodok ke? Tapi Abah tak kasi aku tolong bancuhkan simen.Sedih ={ .Tengok Abah bancuh takdelah susah mana tapi kenapa Abah tak kasi. Tu yang buat aku rasa curiga.lol misteri sangat korang..
Eh korang,aku tak pernah tahu bau simen tu wangi.Tahu tak bau dia kan macam bau deodorant . Tak tahu la kalau diorang ada letakkan simen dalam deodorant tu.Haha.Tapi bau dia tak mencerminkan perwatakan dia sebab bila aku pegang rasa gatal pulak kat tangan.Macam gatal2 lah tapi bukan rasa macam kena gigit nyamuk ke apa.Gagal rasanya macam gatal.oke,faham tak? Pening korang dibuatnya . hehe
Kerja pasang tiles ku sangkakan mudah menjadi really hard for amatur macam abah. Dan saya. Aku
boleh nampak la kesusahan dengan tengok mimik muka Abah masa pasang tiles,kejap senget kejap muka marah,kadang2 sedih sampai satu tahap Abah kata Abah rasa nak nangis,na! Lol Abah lek lek saya ada.
nah oreo hershey bar ..
Akhirnya,babah berjaya memasang tiles sebanyak 9 keping.alhamdulillah daripada takde langsung.Tugas aku hanya sapu sampah dan teman Abah je.Senangnye lah,upah teman Abah ni sangat lah tak aku sangka.Dapat ice cream,Cendol, nasi campur dan sekutu dengannya.Semua dalam bentuk makanan lah upah yang aku dapat.hehe
Esok nanti abah plan nak pergi 1 family teman kemas rumah,so bertambah meriah la jadinya.Harap2 semua dapat kemas esok jugak and lepastu kitaorang dapat upload gambar rumah kat mudah.my untuk iklankan.Sebelum ni memang ada yang mintak nak sewa kat situ,tapi dia bagi syarat nak kurangkan harga.Jadi Abah nak iklankan supaya ramai
lah yang boleh review rumah sewa Abah . ok korang semoga hari korang ceria ceria selalu.
lah yang boleh review rumah sewa Abah . ok korang semoga hari korang ceria ceria selalu.
Bye,salam sayang daripada saya ,
Hana Huzer zzz tido dulu guys
No comments:
Post a Comment