Assalamualaikum semua.
Dah lama rasanya aku tak tulis personal punya entri kan. Lama jugak aku memujuk diri sebab sedih haritu. Takkan lah selamanya nak bersedih kan ? Takde guna pun. Terima kasih kepada semua orang yang bagi kata2 semangat . I really appreciate your kind words akak2 and kawan2 blogger.
Cerita ni sebenarnya dah lama terjadi. Seingat aku bulan April tahun ni kot. Ceritanya bermula macam ni..
Di sebuah kawasan terletaknya padi padi nan ijo tersusun. Waktu tu macam pukul 11 pagi macamtu.Aku turun kat laman rumah sebab aku nampak adik aku,Haziq tengah cycling.Aku pun kata kat dia,Haziq turun jap,bagi aku naik pulak.ceh2 macam gangster pulak.Lepastu dia buat beberapa round and dia bagi aku basikal tu. Basikal tu atuk yang punya.
when i was a kid
So,aku naik lah basikal tu dengan adik aku,Yasmin. Dia duduk kat seat belakang and aku pun tak kisahla nak bawak dia jalan2 keliling kampung naik basikal sebab jalan kampung tu tak berbukit bukit. Jadi, takdelah bawak dia tu mcm suatu beban.
Sampai2 je kat hujung parit tu,aku terus belok kiri macam acah2 tahu lah jalan kampung. Adik aku tak habis2 cakap ' Nana,janganlah... jom la balik,nanti abah cari'. Aku ignore apa benda yang dia cakap and aku pun bawak je basikal tu.Aku selalu ikut abah jogging so,aku guna ingatan aku untuk berbasikal kat jogging track yang abah selalu guna.
Lepastu pada suatu ketika,aku pun dah terlupa jalan mana satu nak kena guna sebab ada 2 jalan kat situ. Aku pun main teka je aku ambik jalan kanan..sebab selalunya kanan tu yang kita mulakan untuk buat perkara baik kan. haha. Dahla matahari panas mentari lepastu aku pulak tengah puasa ganti masatu. Bengong ke tak bengong ha? Carik nahas betul.
Aku bawak je basikal tu ikut kata hati. Jalan tu berpasir and ada banyak gila batu2 , aku pun macam takut lah kan sebab dahla jalan tu tak rata,aku ada bawak adik aku kat belakang. Takut terjatuh je . Lepastu,memang nasib tak menyebelahi aku. Akibat panas sangat and aku nampak semua benda hitam ft jalan tak rata,aku pun terjatuh kat jalan sekali dengan basikal ngan yasmin . Lepastu tangan aku luka.Min pun sama,kaki dia luka. Tapi peliknya,adik aku gelak masatu. Aku macam ' eh kena sampuk ke dia ni?' seram semacam.
Aku pun dah pening masatu so,aku tuntun je basikal. Kitaorang duduk kat pokok kelapa depan rumah orang. Macam kurang asam en.. tak minta izin apa main lepak je depan rumah orang.. Lepastu,adik aku tak sedap hati,dia cakap' Nana jomlah..' Aku pun takut gak kalau makcik tu keluar bawak penyapu halau kitaorang.
Nasib baik,,aku terjumpa jambatan yang berupa pondok..siap ada tempat duduk lagi.. Alhamdulillah.. Kitaorang rehat kat situ dalam 5 minit camtu and terus lagi cari jalan balik kampung.Kitaorang terjumpa rumah warna oren,and kitaorang ingat rumah tu,rumah jiran nenek. So,kitaorang jalan pergi rumah tu.. rupanya tu bukan rumah jiran,tu masjid. Hehh..nasib la masjid tu sebelah parit 11 je.. Kitaorang keluar dari jalan tu and guna jalan besar.. terpaksa lah,,kang tak balik2 rumah pulak.
Scary jugak nak lalu jalan tu,sebab ada sungai besar yang dalam tu ada biawak.. Aku pun pernah nampak ular harimau malaya melintas jalan besar tu.. Mashaallah.. seram tak terkata. Aku suruh adik aku lari laju2 sebab nak escape daripada binatang2 buas nih..
Akhirnya.. kitaorang jumpa rumah jiran yang warna oren tuh.. Syukur,kitaorang pun dapat balik rumah macam biasa.. Nenek sambut and buat muka pelik.. Dia kata, ' kamu kemana tadi?' Aku jawab jalan2 kampung jer.. Mama pulak kata ' eh,dah balik? , tadi abah pergi carik naik motor.' Aku pun takut ah kena marah ke apa aku terus naik atas lepastu sorokkan muka bawah bantal..
5 minit camtu,abah balik and bila abah naik.. aku ternampak muka abah masam macam minum 10 botol cuka... (masam mencuka) hehe.. lepastu aku dengar la abah bebel cakap ' puasa tu duduk diam2 lah kat rumah,ni menggatal nak naik basikal la apa la' Aku hanya tutup muka dan telinga dengan bantal dan akhirnya aku terlelap..
itu sahaja buat kali ini, terima kasih buat pembaca sekalian.
Kalau korang baca dari mula sampai habis,aku ucapkan tahniah. sebab sudi baca cerita terpusing2 aku ni..
Bye semua.. Assalamualaikum