Tuesday, November 8

Blog Kengkawan Mate. Mate ?



Assalamualaikum kamu kamu semua !


Ni ha,semalam kan ada orang dm  kita tau,bagitau dia nak tulis post pasal kita.Dia nak report kat blog dia pasal kewujudan blog aku ni.Aku tak boleh tahan , so aku buat juga report pasal dia di blog aku. Dua orang nenek ni baru buat blog,sorang tu selalu buat blog tapi asyik delete buat baru..Takde pendirian betul eh.Cehh,gurau.Relax,aku pun selalu apa delete blog.Fyi,aku actually mula blogging masa tahun 2012.Sayang je blog tu,masatu aku memang tak matang , so disebabkan aku malu dengan post2 lama,tahun 2013 aku delete semua post sekali dengan blog tu.Sekarang rindu pulak :( .Menyesal gue bertindak terburu-buru . eh eh back to the topic.Kemudian , lagi seorang tu pula , dia baru buat blog dan blog dia pun comel macam tuannya.


1 . Wonderland

    

Klik imej untuk ke blog Raida


Ini merupakan blog yang dimiliki oleh gamer terhebat. Dia banyak sangat main game termasuklah game yang dimainkan oleh kaum adam seperti grand theft auto (gta), assasin creed brotherhood, bla bla aku pon tak tahu apa lagi dia main. Raida ni suka berangan sebab tu dia ada wonderland family.Macam ini alice white,john white dan beberapa orang lagi dalam family tersebut. Dia berangan ni bukan semata-mata,tapi sebab dahulukala dia takde kawan and semua orang pulaukan dia masa dia sekolah rendah dulu and dia start fikir benda2 alam fantasi bagai .Biasanya dia suka cakap english dalam social media,contohnya ig dia. Kadangkala,aku pun tak faham apa yang dia cakap macam perkataan legit . Sampai sekarang aku tak tahu ayat tersirat disebalik perkataan tu.Lol,malas sangat nak google maksud. Tapi dia ni dikira hebat juga lah,dia suka tengok youtube videos,sampai 
dah konfiden nak cakap english depan orang ramai. Tepuk sikit. cehh,jangan kembang eh masa baca ni Rasy.

2. Iamnabilala


Klik imej untuk ke blog Nabila

Seterusnya,kawan aku yang paling comel. Nama dia Nabila. Dia ni merupakan ibu kepada kucing2 dia. Banyaklah kucing dia,aku je tak pernah lagi melawat kucing2 dia,hanya dapat dilihat menerusi Gambar jek. Kucing2 dia pon dah ada anak.Dengan itu,nab secara automatik menjadi nenek cing. Haha,Hello Nenek Nab. Nabila ni suka anime.Ada pelbagai jenis cerita anime yang dia tengok, Amirah pon kaki anime jugak.Diorang ni sejenis lah.Aku tak tahu macam mana nak persuade diri sendiri tengok anime,memang tak akan lah sampai bila2. Nab pun mula menjinakkan diri tengok korean drama.Wahh,tak sangka pulak dia akan minat.Mungkin sebab hasutan rakan rakan dia kot. Heheh. Percaya tak bahawa peminat anime boleh meminati ahli Kpop? Hahh,tak impossible lah kan,tapi yang impossible nya,minat dia terhadap anime dan kdrama tak berbelah bahagi,Kedua-duanya dia minat sama rata,pelik kan? . Ops sori merapu jap. Alamak sendiri tulis sendiri pening nak baca. Heheh, nab pun bookworm juga tau,dia suka baca Sherlock Holmes sampai nama dia dah bertukar menjadi penulis buku Sherlock Holmes,iaitu Irene Adler. Fuiyoo.



Okaylah,itu je kot aku nak bebelkan harini. Moga hari anda happy happy gitu. Cehh
Assalamualaikum. byee !



7 comments:

  1. arigatou , far-chann yang lawaaaa. love you hahaahah

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ku main game yg free, sebab x de duit ;-;

      Delete
  3. haaa, selmt datang :) moh kita follow depa semua :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Terima kasih kak unni,saya bagitau diorang ye

      Delete