Tuesday, November 15

Cara Menjana Pendapatan di Malaysia

Assalamualaikum semua.



Lamanya lah kan tak update blog,sebab semalam sekolah..jadi,tak larat nak update apa apa. Mampu reply komen anda je.Apapon,komen jelah ,selagi terdaya aku akan balas.

Harini nak story mory pasal Cara Buit Duit di Malaysia.Memandangkan ekonomi negara kita tengah zzum terjun bangunan,jadi ramai orang menganggur.Sebab apa? Sebab ramai company yang buang orang. Kesian diorang..korang,takpe..rezeki ada dimana-mana.Kita kena usaha,dan jangan sesekali merungut masa diduga oleh Allah SWT nanti tak pasal2 Allah nak bagi pahala menjadi dosa.Ingat ye!

Rumah ada internet kan? Haa,ini merupakan bonus bagi korang..sebab korang boleh menjana pendapatan melalui internet.Aku sendiri pun tak pernah cashout apa2.Cuma,adalah baru dapat RM 1. Terima kasih sangat2 pada korang yang klik iklan aku.. Kalau korang klik iklan aku,mentionlah dalam komen supaya nanti aku akan klik balik iklan korang.

Bukak acc youtube boleh dapat duit.Tengoklah youtuber hebat2,bila dia bagi giveaway.Memang gempak.Korang ada idea ke macam mana dia boleh bagi giveaway berupa Ipad,iPhone,MacBook semua? Diorang maybe 'disponsor' atau dia dapat duit daripada youtube.Korang boleh iklankan produk2 dalam youtube,macam review pencuci muka ke apa ke kan,lepastu buatlah video2 yang boleh menambat hati orang.Macam bagi aku sendiri,DIY atau Life hacks.Sekarang pun aku banyak tengok adik2 yang membuat tutorial slime dalam youtube.Orang Malaysia pulak tu.. Tahniah adik.. Berani korang !
 
Blogging. Hah ini tak payah kata lah sebab aku rasa blogger yang baca ni mesti kata Hmpphh,dah tau dah.Okay,buat yang tak tahu.Hmm,korang boleh letak pelbagai iklan dalam blog korang. Tapi pastikan sampai jangan mengganggu pembaca lah.Nanti pembaca lari.Kalau blog gossip tu,okaylah kot.Sebab orang memang suka baca pasal selebriti.Dia sanggup menempuh banyak sangat halangan iklan untuk membaca.Korang boleh letak iklan Nuffnang , 8Share , ChurpChurp and pelbagai lagi.

IG.Ye,instagram.Biasanya igers yang mempunyai followers berpuluh riban,mereka akan mengiklankan barangan2.Perasan tak? Maybe ada yang tak sampai berpuluh riban pon..Melalui iklan tuh,dia akan dapat duit.Ikutlah harga yang mereka bincangkan.Bestnya jadi instafamous nih... dapat macam macam hadiah.. Shawl lah,baju lah,selimut mermaid lah..Untung jadi lawa kan..Siapa yang nak jadi insta famous,sila selfie sekarang!

Apa lagi eh? Aku hanya cerita cara nak jana pendapatan melalui media sosial je.Nak tahu lebih lanjut klik link ni. Aku sendiri tak tahu cara nak jana pendapatan dengan mendalam..kerana aku ni hanyalah seorang pelajar.Lol, pelajar have to belajar kan? Bukan masa aku lagi kot nak cari duit bagai.. ada rezeki korang klik iklan.Alhamdulillah. tq ye! ingat tau mention,kalau ada klik iklan. Okay korang,bye bye.. 

Semoga hari mu berjalan dengan lancar.
Senyum senyum selalu :)


8 comments:

  1. dulu rajin update blog, dpat la merasa duit nuffnang. sekarang naik berapa posen je sehari. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh,ok tu berapa posen sehari.. hebat tu .. sekarang ni dah malas nak tgk duit nuffnang haha

      Delete
  2. Hmmm... hari tu daftar Nuffnang tetiba tak boleh.. emel lah kat diorg, tanya asal takleh nak daftar... rupe2nya bawah umur takleh.. hahaha.. redha tunggu lapan tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurin,gunalah 8share ke apa selain nuffnang kalau nuffnang tuh kau x leh daftar..klik je link 8share kat post aku tu

      Delete
  3. Hmmm... hari tu daftar Nuffnang tetiba tak boleh.. emel lah kat diorg, tanya asal takleh nak daftar... rupe2nya bawah umur takleh.. hahaha.. redha tunggu lapan tahun..

    ReplyDelete
  4. mek dpt jugak invitation untuk cover majlis untuk nuffnang tp disebabkan komitmen keje hakiki dan jugak jarak, so trpksa la let go benda cam tu. lame lame nuffnang pn dh bosan nk offer kat mek . hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke mek,nuffnang invite pergi majlis dia? hebat ah mek,mek pon dah bape tahun kan jadi blogger..takpe mek,ada rezeki dia jemput lagi hehe

      Delete
  5. Kalau blogging mai prefer 8share dgn nuffnang, senang, hahaha. 8share best sbb nampak duit cpt naik kalau kita usaha...saya klik!hahaha

    ReplyDelete