Wednesday, December 14

Pengalaman Belajar di Kelas Berenang !!


Hello dan selamat petang rakan rakan semua !

Dah lama aku tak jenguk blog aku, sentuh keyboard pun apatah lagi. Sedih tengok blog ni tak berisi entri2 yang terbaru. Kusam dan tidak sekata serta berhabuk blog ni jadinya. Sesiapa yang ada hantar komen2 serta blogwalking ke blog saya..saya menyusun sepuluh jari memohon maaf ya. Almaklumlah sekarang ni busy dengan diri sendiri.. hekhek..

Untuk entri yang penuh istimewa ni,aku nak cerita pasal kisah aku belajar swimming. Pelbagai kisah duka lara , happy , funny yang aku lalui sepanjang empat hari aku menghadiri kelas berenang di Pusat Akuatik Darul Ehsan.

Mula2 aku memang terkejut beruk gila bila tahu mama daftarkan aku pergi belajar berenang. Aku pun bantah habis-habisan lah dengan keputusan mama sebab alasan aku yang ' takut mati masa nak belajar berenang ' erghh!! hydrophobia kononnya.. ke deadfromwaterphobia ni haha entahla. Lepastu mama pun cakap lahh , takkan la Nana asyik2 pergi swimming pool nak berendam je,tak malu ke tak pandai berenang ni? Blablabla dan sebagainya..sehingga mama berjaya memujuk aku untuk masuk kelas berenang.

OKLA.beberapa hari lepastu,aku start explore website maiswim.com sebab aku akan berlajar dengan orang maiswim ni..Tengah khusyuk2 explore tetiba nampak ramai gilerr budak kecik duduk dekat tepi2 kolam punya gambar. Aku macam ' eh serious la?' Aku ni dah belasan tahun,lepastu gambar yang belajar berenang ni semua sebaya adik2 aku. Mesti aku paling tua kat situ nanti. hUAA.. lepastu aku macam rasa sedih gila ah..aku check fb maiswim lak,lepastu terbaca 'YOU'RE NEVER TOO OLD TO LEARN SWIMMING ' lebih kurang macam tu la ayat dia..aku terus 'absorb' dengan ayat tuh..so aku jadi tenang dan tenang...

FIRST DAY
1st day masuk kelas swimming memang memang sangat 'takde perasaan' . Akula paling tua. haha dah agak dah..Perkenalkan diri masing2 . Cikgu tu nama dia Teacher Haikal. Mula2 aku jumpa dia tengok macam 'poyo' sebab ada ke orang nak berenang pakai spec hitam? haha serious lah? Cikgu suruh beli goggle but why cikgu sendiri tak pakai goggle ha? Lepastu spec hitam dia terjatuh dalam pool.. Aku ingat dia tak akan jumpa spec dia tapi akhirnya dia jumpa gak.Tajam gak mata dia yang sepet tu. Lepastu kita belajar bubble,dive,kicking,gliding,superman macam2 la.. Aku tak boleh bayangkan macam mana air tu dapat apung badan ku yang sebesar sebuntal gajah ni sebab masa kita buat front float , aku ter'float' .. sebelum ni nak buat tak boleh pun,kenapa tetiba sekarang menjadi pulak?

SECOND DAY
Hari kedua merupakan hari yang paling sedih pernah aku lalui. Bila aku kick,kaki aku tak bergerak langsung,apa benda ni?? Kita belajar one arm pulled and freestyle swimming masa 2nd day ni.. Aku tak tau kenapa aku sangat lemah masa hari tu,jiwa lemah,hati lemah,badan lemah.. Nak tau kenapa aku nangis haritu ? Puncanya kerana...  abang kawan aku,Alya dia datang kelas untuk dive rasanya,lepastu cikgu tanya dia umur berapa, dia setahun je tua dari aku..dalam hati macam,,eh malunya dia dah pandai berenang padahal dia umur 15 baru. Lepastu cikgu tanya umur aku berapa,aku kata la 14. Lepastu cikgu cakap kat Alya,nak tak aku jadi kakak ipar dia? Hell no! Bangang gila,awkward ahh.. aku pon pura2 tak dengar and aku tutup mata and terus bubble lama2. Cikgu pulak tetiba tanya 'nak tak abang tu?' dahla masatu cikgu tu tunjuk abang Alya tu,aku kata taknakla! lepastu aku nangis..tapi takdela terlampau menonjol sebab aku nangis masa aku pakai goggle je. ahaha.. Mengada jugak aku ni!! Sebab kedua pulak,,aku ni asyik jadi orang last je masa kita ramai2 tengah practice swimming.Takkan sebab faktor umur lak ? adakah aku ini tua yang tidak berdaya ?
pinjam gambar sat kat maiswim punya website.. Hari ketiga kita berenang kat sinii..

cantik sikit gambar ni.. baru ada feel .. pinjam gambar ye,supermeng malaya


THIRD DAY
Malam semalam aku nangis tak berhenti.Lepastu aku banyak kali doa supaya harini aku tak jadi orang yang lemah sangat,suka sangat bandingkan diri and jangan ambil kisah cakap orang. Alhamdulillah doa aku dimakbulkan. Hari ketiga belajar berenang memang best gilaa!! walaupun aku hampir lemas. Harini kitaorang berenang kat kolam tertutup.. Kolam tertutup tu dalam gila,sedalam 5m.. kitaorang dapat jumpa atlet2 yang mewakili Selangor untuk berenang.. dapat berangan jap jadi atlet olympic , badan kengkonon ringan gitu ..sangat best. haha ,aktiviti pon tak mencabar sangat .. Terima kasih Allah sebab takdirkan harini kitaorang belajar kat kolam dalam. Harini cikgu test water confident kitaorang..nasib la aku berjaya berenang freestyle.. Alhamdulilah.. aku pun baru buat kawan harini. Kitaorang banyak borak jugak ah,, wlaupun dia 2 tahun lebih muda daripada aku.


ololo happynye awak berenang.. tu lah noodle guys.
serious aku tak percaya nama dia noodle..sebab dia tebal macam laksa .Tapi bukankah noodle dengan laksa itu adik beradik? Apapon , kita namakan dia laksafloat

FOURTH DAY
Hari terakhir aku belajar berenang,hari terakhir aku jumpa kawan2 and cikgu. Mula mula aku fikir hari terakhir ni akan jadi hari paling best buat diri aku.Malangnya,apa yang aku fikir tak seperti yang terjadi. Aku sedih nak tinggalkan diorang buat kali terakhir walaupun kita boleh berjumpa lagi tapi suasana dengan 'feeling' tu tak sama.Harini kitaorang belajar 'breaststroke'. Aku dah tengok cara berenang style breaststoke dalam youtube.. Macam menyiksa je.Aku tak kisah sangat yang aku tak pandai berenang cara breaststroke nih sebab aku tak minat sangat style ni.. macam menyiksa je.macam katak berenang.. dahla aku benci katak pastu,nak ikut cara dia berenang pulak.. hahaha memang susah la.. mula2 kitaorang warm up sebelum masuk kolam,lepastu kita ambik noodle kita kick sampai hujung kolam sana.. Teacher kata jangan stop..aku try supaya tak berhenti kick. Bila dekat tengah kolam tu,tengah kick kuat2 rasa macam tak bergerak pulak.Tetiba ada geng boroi2 cakap.. 'tak bergerak pon' Aku cam sakai punya budak gemok. Ko diam ah.. Aku pon kick kuat2 gila sampai air tu merenjis kena badan berkilat dia tuh.. padan muka.. geram betul lah. Last sekali,kita pon borak2 sikit pasal certain2 perkara.. and kita akhiri dengan sapaan ' Assalamualaikum' bubbye! sedih gila.. nasib aku jumpa fb Alya dapatlah berhubung sesama sendiri..

YEAY lepas ni boleh berangan bila tengok drama WEIGHLIFTING FAIRY KIM BOK JOO sebab hero dia swimmer .. ahahahah

Maafkan daku sebab ayat campur2 kerana aku gelojoh gila nak share pengalaman berenang aku ni...

So,apa pendapat korang tentang kisah aku berlajar berenang ? Maybe korang ada kisah korang tersendiri ? ehehe,,meh story2 sikit kat bawah ni.


Sunday, December 4

Makan Makan di WestPlate


Assalamualaikum dan hye kepada rakan rakan blogger yang disayangi,pengunjung yang saya kasihi dan kepada pembaca yang setia membaca entri yang tidak menarik ni. Saya sayang anda !

Harini aku nak cerita pasal restoran makanan barat yang aku baru jerp singgah. Baru ke? Around last week rasanya dan ni merupakan kali pertama ever ever ever aku makan kat WestPlate ni. Yolah, sebelum ni asyik ke tempat yang sama je,mana tak boring orang kedai tuh en.. Pemilik kedai tu sampai dah ingat muka kitaorang sebab dah jadi pelanggan setia kat situ


Nah , muka tepi kedai dia. Eh.. ke muka depan ? Haha tak berapa nak observe sangat. 

Kalau nak order makanan western,mesti aku akan pilih Chicken Chop. Aku takut ah nak cuba makanan lain selain Chicken Chop tu,sebabnya aku takut rasa di tak sedap and portion yang dia bagi sikit. Haha ooops!  Atau kata lain,aku ni setia pada yang satu je la..


Haa, akak payung satu gambar Chicken Chop.

Harga Chicken Chop ni sama je mcm kedai lain.. lebih kurang RM 11.00 macam tu. 

Korang,memula bila aku baca en rasa cam murah,tapi bila tulis kat sini..rasa laju je jantung berdegup sebab macam mahal haha.. Yelah,biasanya makan restoran Melayu kira2 harga dalam RM 6 dah dapat sepinggan nasi goreng USA en. Aku pun jarang dapat makan western food, sekali sebulan camtu ? 


Ini Izzah punya. Abah pon order Lamb Chop gak. Anak beranak kambing katakan.. aku juga tak ketinggalan =D


Okay, ni mak aku punya.. cuba tengok benda yang termaktub dalam pinggan tuh.. macam2 ada..ayam diapulak besar gedabak. Korang jangan percaya gambar tu,sebab perspektif sudut gambar ni membuatkan ayam tu nampak kecik. Nampak sangat aku ni takde ciri2 atau gaya seorang photographer . 


Alamakk.. tertinggal pulak yang ni.. Patutnya aku letak gambar ni yang atas sekali sebab dia makanan appertizer.

Makanan yang kitaorang order tak nampak macam variety kan ?  aku malas nak ambik gambar makan diorang oleh sebab kitaorang order  makanan sama je.

Jom memeriahkan post nih dengan 2 gambar kedai ni.


awkward 

Maaf kepada akak yang termasuk dalam gambar ni, sebabnya aku yang patut duduk kat situ. Haha srs ah aku suka tempat duduk macam tu.


Kepala budak tu semak seh.

Alamak air tertinggal. Aku sempat ambik gambar air aku je sebab diorang semua haus giler.. Jadi aku ambik gambar minuman aku jelah sebab aku punya nampak paling slurpp !! ahh segarnyaa,manis dan berlemak.. aH Juss !! haha


Haa..kepala kerbau tu menambahkan kenikmatan minum Sirap Bandung nih..

ARGGHH sedapnye makan western food.. Anyone who's willing to buy me this kind of food ?
Haha jk, Bye byee.. 



P/S : aku ada banyak gila benda nak update tapi.. sampai sekarang aku tak jumpa usb kamera. If anyone in my family happen to read this post..Please help mee!!

Ceh,macam tak boleh cakap depan2 je.











END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS



Hye guys ! 

Jom join giveaway ni..saya khususkan kepada orang2 yang datang singgah blog ni sebab confirm2 rakan blogger lain semua dah join. Terima kasih ye kepada Akak Mellya and friends sebab buat giveaway ni.. 

Monday, November 28

Giveaway Syukur Selalu


hye semua!! rindunye kat kawan2 blogger..dah lama kan nana x tulis apa2 entri.. jadi ingat nak join giveaway ni sebagai pembuka tirai sebelum aku menulis entri yang mengarut.. heheh .. betul ke ni penggunaan ayat pembuka tirai.. lolz.
 
hadiah dia gempak2 gilerz tau.. rugi hangpa x join...

click the banner to join

Monday, November 21

Sesat kat Kampung Sendiri ?!!


Assalamualaikum semua.


Dah lama rasanya aku tak tulis personal punya entri kan. Lama jugak aku memujuk diri sebab sedih haritu. Takkan lah selamanya nak bersedih kan ? Takde guna pun. Terima kasih kepada semua orang yang bagi kata2 semangat . I really appreciate your kind words akak2 and kawan2 blogger.

Cerita ni sebenarnya dah lama terjadi. Seingat aku bulan April tahun ni kot. Ceritanya bermula macam ni..

 Di sebuah kawasan terletaknya padi padi nan ijo tersusun. Waktu tu macam pukul 11 pagi macamtu.Aku turun kat laman rumah sebab aku nampak adik aku,Haziq tengah cycling.Aku pun kata kat dia,Haziq turun jap,bagi aku naik pulak.ceh2 macam gangster pulak.Lepastu dia buat beberapa round and dia bagi aku basikal tu. Basikal tu atuk yang punya.


when i was a kid


So,aku naik lah basikal tu dengan adik aku,Yasmin. Dia duduk kat seat belakang and aku pun tak kisahla nak bawak dia jalan2 keliling kampung naik basikal sebab jalan kampung tu tak berbukit bukit. Jadi, takdelah bawak dia tu mcm suatu beban.

Sampai2 je kat hujung parit tu,aku terus belok kiri macam acah2 tahu lah jalan kampung. Adik aku tak habis2 cakap ' Nana,janganlah... jom la balik,nanti abah cari'. Aku ignore apa benda yang dia cakap and aku pun bawak je basikal tu.Aku selalu ikut abah jogging so,aku guna ingatan aku untuk berbasikal kat jogging track yang abah selalu guna.

Lepastu pada suatu ketika,aku pun dah terlupa jalan mana satu nak kena guna sebab ada 2 jalan kat situ. Aku pun main teka je aku ambik jalan kanan..sebab selalunya kanan tu yang kita mulakan untuk buat perkara baik kan. haha. Dahla matahari panas mentari lepastu aku pulak tengah puasa ganti masatu. Bengong ke tak bengong ha? Carik nahas betul.

Aku bawak je basikal tu ikut kata hati. Jalan tu berpasir and ada banyak gila batu2 , aku pun macam takut lah kan sebab dahla jalan tu tak rata,aku ada bawak adik aku kat belakang. Takut terjatuh je . Lepastu,memang nasib tak menyebelahi aku. Akibat panas sangat and aku nampak semua benda hitam ft jalan tak rata,aku pun terjatuh kat jalan sekali dengan basikal ngan yasmin . Lepastu tangan aku luka.Min pun sama,kaki dia luka. Tapi peliknya,adik aku gelak masatu. Aku macam ' eh kena sampuk ke dia ni?' seram semacam.

Aku pun dah pening masatu so,aku tuntun je basikal. Kitaorang duduk kat pokok kelapa depan rumah orang. Macam kurang asam en.. tak minta izin apa main lepak je depan rumah orang.. Lepastu,adik aku tak sedap hati,dia cakap' Nana jomlah..' Aku pun takut gak kalau makcik tu keluar bawak penyapu halau kitaorang.


Nasib baik,,aku terjumpa jambatan yang berupa pondok..siap ada tempat duduk lagi.. Alhamdulillah.. Kitaorang rehat kat situ dalam 5 minit camtu and terus lagi cari jalan balik kampung.Kitaorang terjumpa rumah warna oren,and kitaorang ingat rumah tu,rumah jiran nenek. So,kitaorang jalan pergi rumah tu.. rupanya tu bukan rumah jiran,tu masjid. Hehh..nasib la masjid tu sebelah parit 11 je.. Kitaorang keluar dari jalan tu and guna jalan besar.. terpaksa lah,,kang tak balik2 rumah pulak.

Scary jugak nak lalu jalan tu,sebab ada sungai besar yang dalam tu ada biawak.. Aku pun pernah nampak ular harimau malaya melintas jalan besar tu.. Mashaallah.. seram tak terkata. Aku suruh adik aku lari laju2 sebab nak escape daripada binatang2 buas nih..

Akhirnya.. kitaorang jumpa rumah jiran yang warna oren tuh.. Syukur,kitaorang pun dapat balik rumah macam biasa.. Nenek sambut and buat muka pelik.. Dia kata, ' kamu kemana tadi?' Aku jawab jalan2 kampung jer.. Mama pulak kata ' eh,dah balik? , tadi abah pergi carik naik motor.' Aku pun takut ah kena marah ke apa aku terus naik atas lepastu sorokkan muka bawah bantal..

5 minit camtu,abah balik and bila abah naik.. aku ternampak muka abah masam macam minum 10 botol cuka... (masam mencuka) hehe.. lepastu aku dengar la abah bebel cakap ' puasa tu duduk diam2 lah kat rumah,ni menggatal nak naik basikal la apa la' Aku hanya tutup muka dan telinga dengan bantal dan akhirnya aku terlelap..

itu sahaja buat kali ini, terima kasih buat pembaca sekalian.
Kalau korang baca dari mula sampai habis,aku ucapkan tahniah. sebab sudi baca cerita terpusing2 aku ni..

Bye semua.. Assalamualaikum

Sunday, November 20

Thursday, November 17

Im in sad mood






Hua.. Hua.. Hua..
Bagaimana ini boleh terjadi ?

Haritu kan aku ada bagitahu korang pasal kisah aku menunggu result exam kan . Sekarang ni bila da tahu rasa sedih pulak . Bukan sedih je malahan kecewa serta marah pada diri sendiri .
Rasa geram gila sampai nak buang kertas periksa jauh jauh. Apahal markah periksa ni kan,kita jangka benda lain,benda lain yang dapat .

Adeh,makin lama makin rasa takut pulak deh nak ambik exam.Nak berhenti sekolah la macam ni.Tapi kalau tak belajar macam mana pulak agaknya. Kesian la kat parents aku kalau dia tahu result aku teruk macam ni.

Masa aku jawab Maths tu,aku rasa macam okay je. Tup tup dapat 74. Huaa.. Alhamdulillah la dapat B. Tapi sebenarnya aku expect dapat A sebab macam takde problem apa kan masa jawab. Tapi kenapa markah periksa aku jadi sebegini rupa.

Setiap tahun , aku rasa susahnya nak skor dalam periksa . Susah gila nak dapat 8A tu.Setiap kali periksa mesti paling paling pun 4A jer. Lagi teruk daripada zaman sekolah rendah dulu.

Aku rasa ni semua sebab aku belajar akhir akhir waktu.Haish geramnya.. apalah aku buat dengan masa masa yang patut aku luangkan dengan belajar ? Mashaallah

Apa nak jadi ni Farhanah ? Adoi .. takpelah kita cuba untuk jadi yang terbaik ! Be Positive !!

Wednesday, November 16

These Are The 6 Movies You Have To Watch In Cinemas Before 2016 Ends

    • 1. Doctor Strange

      • Now showing.

        Synopsis: Dr. Stephen Strange, a surgeon who reexamines the world after getting involved in a terrible car accident. During his quest for answers, he finds the Ancient One, and battles unusual forces. This movie is Dr. Strange's first appearance in the Marvel Cinematic Universe, though fans will have already been tipped for his appearance during 'Captain America: The Winter Soldier,' when his name was mentioned as a potential threat to Hydra.

        Starring: Benedict Cumberbatch, Tilda Swinton, Chiwetel Ejiofor, Mads Mikkelsen, Rachel McAdams, and Benedict Wong.
         says.com
    • 2. Fantastic Beasts And Where To Find Them

      • Release Date: 17th November 2016

        Synopsis: Potterheads rejoice as we're brought back to the Wizarding World, following the adventures of Newt Scamander after his magical beasts escape in New York City. With the screenplay written by J.K. Rowling, you know this is going to be epic!

        Starring: Eddie Redmayne, Ezra Miller, Samantha Morton, Jon Voight, Ron Perlman, and Colin Farrell.
         says.com
    • 3. Assassin's Creed

      • Release Date: 22nd December 2016

        Synopsis: Through revolutionary technology that unlocks his genetic memories, Callum Lynch experiences the adventures of his ancestor, Aguilar, in 15th-century Spain. Callum discovers he is a descendant from a mysterious secret society, the Assassins. 

        Starring: Michael Fassbender, Marion Cotillard, Jeremy Irons, and Michael Kenneth Williams.
         says.com
    • 4. Rogue One: A Star Wars Story

      • Release Date: 15th December 2016

        Synopsis: This is the first standalone film in the Star Wars universe and it promises to be very different to what we've seen before. The story follows the rebel efforts to steal the plans to the original Death Star, the Empire's ultimate weapon of destruction. 

        Starring: Felicity Jones, Donnie Yen, Forest Whitaker, and James Earl Jones reprising his role as the voice of Darth Vader.
      • Nak tau lagi 2? Kalau korang tak tau,korang akan kerugian.. ceh ceh


Sekumpulan Gadis Kongsi Pengalaman Bertemu Cik ‘Ponti’ Ketika Berkhemah Di Hutan

Perkhemahan sudah pastinya mengujakan, lagi-lagi perkhemahan di hutan. Banyak yang bermain dalam otak kami ni antaranya nanti nak masak dan makan apa dalam hutan, tempat berteduh dan sebagainya.
Sama seperti kumpulan yang lain, kumpulan gadis ni kongsi pengalaman mereka bertemu dengan Cik ‘Ponti’ saat berkhemah di dalam hutan. Seram weyh!
Kisah mereka bermula apabila terpisah daripada kumpulan mereka yang lain.
” Pada Sabtu yang lalu, kitorang mengikuti program perkhemahan anjuran sekolah. Aku, Shima, Eira dengan May memang selalu bersama dan pada hari kejadian kitorang dapat duduk dalam satu khemah yang sama. Perasaan berkhemah buat kali pertama sememangnya mengujakan dan ada sedikit perasaan gementar. Maklum la tak pernah nak bermalam dalam hutan. Petang tu, waktu semua sibuk memasang khemah kitorang sempat berselfie mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Si May ni memang kaki selfie sikit tak kisah la apa yang berlaku…Petang tu berlabuh seperti biasa dan kitorang semua bersiap-siap untuk makan malam…”
nak tahu cerita lebih lanjut,boleh klik gambar di bawah




Tuesday, November 15

PRELOVED GIVEAWAY OLEH AA



Hai semuanya !!
 Nana join giveaway ni,korang boleh klik banner bawah ni untuk join 
Hadiah dia best2 tau,jangan ketinggalan  


Cara Menjana Pendapatan di Malaysia

Assalamualaikum semua.



Lamanya lah kan tak update blog,sebab semalam sekolah..jadi,tak larat nak update apa apa. Mampu reply komen anda je.Apapon,komen jelah ,selagi terdaya aku akan balas.

Harini nak story mory pasal Cara Buit Duit di Malaysia.Memandangkan ekonomi negara kita tengah zzum terjun bangunan,jadi ramai orang menganggur.Sebab apa? Sebab ramai company yang buang orang. Kesian diorang..korang,takpe..rezeki ada dimana-mana.Kita kena usaha,dan jangan sesekali merungut masa diduga oleh Allah SWT nanti tak pasal2 Allah nak bagi pahala menjadi dosa.Ingat ye!

Rumah ada internet kan? Haa,ini merupakan bonus bagi korang..sebab korang boleh menjana pendapatan melalui internet.Aku sendiri pun tak pernah cashout apa2.Cuma,adalah baru dapat RM 1. Terima kasih sangat2 pada korang yang klik iklan aku.. Kalau korang klik iklan aku,mentionlah dalam komen supaya nanti aku akan klik balik iklan korang.

Bukak acc youtube boleh dapat duit.Tengoklah youtuber hebat2,bila dia bagi giveaway.Memang gempak.Korang ada idea ke macam mana dia boleh bagi giveaway berupa Ipad,iPhone,MacBook semua? Diorang maybe 'disponsor' atau dia dapat duit daripada youtube.Korang boleh iklankan produk2 dalam youtube,macam review pencuci muka ke apa ke kan,lepastu buatlah video2 yang boleh menambat hati orang.Macam bagi aku sendiri,DIY atau Life hacks.Sekarang pun aku banyak tengok adik2 yang membuat tutorial slime dalam youtube.Orang Malaysia pulak tu.. Tahniah adik.. Berani korang !
 
Blogging. Hah ini tak payah kata lah sebab aku rasa blogger yang baca ni mesti kata Hmpphh,dah tau dah.Okay,buat yang tak tahu.Hmm,korang boleh letak pelbagai iklan dalam blog korang. Tapi pastikan sampai jangan mengganggu pembaca lah.Nanti pembaca lari.Kalau blog gossip tu,okaylah kot.Sebab orang memang suka baca pasal selebriti.Dia sanggup menempuh banyak sangat halangan iklan untuk membaca.Korang boleh letak iklan Nuffnang , 8Share , ChurpChurp and pelbagai lagi.

IG.Ye,instagram.Biasanya igers yang mempunyai followers berpuluh riban,mereka akan mengiklankan barangan2.Perasan tak? Maybe ada yang tak sampai berpuluh riban pon..Melalui iklan tuh,dia akan dapat duit.Ikutlah harga yang mereka bincangkan.Bestnya jadi instafamous nih... dapat macam macam hadiah.. Shawl lah,baju lah,selimut mermaid lah..Untung jadi lawa kan..Siapa yang nak jadi insta famous,sila selfie sekarang!

Apa lagi eh? Aku hanya cerita cara nak jana pendapatan melalui media sosial je.Nak tahu lebih lanjut klik link ni. Aku sendiri tak tahu cara nak jana pendapatan dengan mendalam..kerana aku ni hanyalah seorang pelajar.Lol, pelajar have to belajar kan? Bukan masa aku lagi kot nak cari duit bagai.. ada rezeki korang klik iklan.Alhamdulillah. tq ye! ingat tau mention,kalau ada klik iklan. Okay korang,bye bye.. 

Semoga hari mu berjalan dengan lancar.
Senyum senyum selalu :)


Saturday, November 12

Binatang yang paling aku Tak Suka.. euw.. Help meehh !!!

ni okay lagi 

Setiap orang mesti ada jer benda yang dia fobia. Contohnya,aku fobia dengan binatang macam cicak,katak,siput,ular. Oh no !! Tengok gambar katak dalam buku pun rasa nak sepak buku tu jauh jauh. Please dong ! Mostly binatang yang aku takut ni,adalah spesies reptilia.Ciri2 haiwan yang aku tak suka ialah badan Berlendir

Aku ingat lagi yang mama ada cerita pasal masa sekolah rendah dulu,kawan dia pergi sekolah,nak pakai kasut..tanpa check apa2 dia terus masukkan kaki dalam kasut.Masa perhimpunan kat sekolah,dia bukaklah kasut sebab rasa tak selesa..Dia terbau benda busuk..Lepastu kan,nak tahu apa benda dalam kasut dia tu ? Bangkai katak. ERGHH seramnya,tak sanggup nak bayangkan.. apa terjadi kat badan,mata dia,tulang belulang semua? aku sendiri tak boleh stop nak bayangkan benda mcm ni. Otak tolonglah

Cicak. HMM, kebencian aku terhadap cicak taklah seteruk katak. Cicak tak berlendir . Thank goodness lah cuma.. aku memang tak boleh tahan tengok cicak colour pink dalam toilet. Serious lah besar besar pulak tu. Apa kerja dia kat dalam toilet? Seram sehh..dahla bising dok tsk tsk tsk dalam toilet. korang.. tsk tsk tu bukan menangis ke? tapi agaknya macam tulah bunyinya.tak tau nak describe macam mana.Aku..pernah terpegang cicak. Waaa, nasib baik masa tu baru bangun tido.Mata pun tak buka penuh lagi.Aku nak tekan suis lampu tapi tak nampak sebab gelap. dok raba raba dinding lepastu terasa benda lembut dan panjang.Bila dapat bukak lampu,baru perasan ada cicak tengah lari. seram tak seram

Al-Siputatun? Siput , aku tak suka ! Sebab dia berlendir.. mata dia panjang , ada cengkerang bercorak seram kat badan dia.Mama cerita,cousin nenek main ambil je siput bab* yang belum masak lagi lepastu dia pergi sedut. Sedut tang mana pon tak tahu ler,lepastu mulut dia gatal2..kesiannya.Dia ingat tu siput sedut..Aku bersumpah la takkan makan siput sedut lagi sebab dia adik beradik siput. Dulu aku suka gila siput sedut..lepas nampak orang masak siput and siput tu berdarah2 aku terus takut nak makan.Dah tak ingat dah rasa siput sedut macam mana ..

beraninya diorang!


Korang , ada ke binatang yang membuatkan korang fobia? Meh la cite sikit





Horror Movie : The Visit



Assalamualaikum  korang !
Harini aku nak cerita kat korang pasal sebuah filem seram yang aku pernah tengok. Aku rate 9/10 untuk movie ni. Berita buruk untuk korang,movie ni takde hantu ( sorry) tapi cerita ni mengisahkan pasal 2 orang adik beradik yang nak melawat nenek dan datuk diorang buat pertama kali. Diorang disambut oleh nenek dan datuk diorang. Semakin lama diorang duduk situ,diorang merasakan ada sesuatu yang pelik pada nenek dan datuk diorang dan saspens bermula. Buahhahaha

Tapi hati-hati tau,sebab kalau nak tengok dengan budak kecik,ada part movie tu yang kena sensored sebab nenek dia nampak b**ty .






hishh,rasa macam nak cerita banyak lagi lah.. Tapi tak aci pulak , kesian kat korang yang belum tengok lagi.OK itu saja yang aku mampu update buat kali ini.Jadi,bye byee









Thursday, November 10

bUZZZ bUzz #1




hah? yeke ni

hmm,betul2. tapi kalau sikap cemburu tu terlalu menonjol , tak ke orang perasan yang kita ada hati kat mereka?

btw, buzz buzz ni merupakan title bagi entri2 yang tidak bertajuk

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016



Assalamualaikum semua .
 Nampak ramai sangat rakan rakan blogger join mega giveaway ni,jadi Nana pon tak nak mensia siakan peluang keemasan ni. Kalau ada yang teringin nak join,bolehlah klik kat gambar di atas ye (banner) . 

Rakan rakan ku :



Instagram saya : @bbliomania

Dengan ini,saya berharap agar dapat menang giveaway ni . Kalau tak menang pun sekurang-kurangnya dapat merapatkan hubungan sesama rakan blogger. Sekian, Assalamualaikum

Wednesday, November 9

Giveaway Penghargaan Sa-viors



kamek join saviors ! harap2 boleh menang.. kalau ada yang belum join and nak join, klik pada banner ye . hihi

Nama blog : Belog Nana
Email : nhanahhuze@gmail.com

5 Reasons Why You Don't Have To Be A 'Harry Potter' Fan To Watch 'Fantastic Beasts'




hye semua !! siapa yang x sabar nak tengok kemunculan sequence Harry Potter yang seterusnya. Aku memang nak sangat2 korang tengok Harry Potter ni. Bukan apa,aku ada kawan yang judgemental gila terhadap apa yang aku tengok walhal dia belum try tengok pun.. Geram sungguh lah. Jadi,aku nak korang tekan sini . Aku memang yakin lah upcoming movie ni akan menjadi HIT !! Bam ! Kedebom! Bam ! Bam ! Bamm! Tersembam sudah..

Korang semua yang tak pernah tengok cerita Harry Potter, tetapi teringin nak tengok and rasa diri tak layak sebab bukan peminat Harry Potter wajib singgah link ni untuk tahu menahu kenapa Orang Yang x Meminati Harry Potter boleh Tengok Fantastic Beasts?? boleh jer, tapi korang akan lebih yakin untuk tengok movie ni kalau korang klik link bawah ni

why kita x perlu jadi fan untuk menonton Fantastic Beasts ?

5 Rumah Paling Unik yang Terdapat di Dunia


Hai , assalamualaikum . Kali ini nak cerita pasal rumah yang jarang dijumpai dan mungkin korang tak pernah dengar pun atau tahu akan kewujudan rumah rumah ni.Rumah tu biasa lah,tapi.. kalau ada rumah berupa mangkuk jamban,korang agak-agaknya fikir apa? Meh,kita saksikan .. 5 Rumah Terunik di Dunia.

Pertama sekali kita perkenalkan...

TOILET SHAPED HOUSE


Agaknya,korang mesti dah boleh teka negara mana yang buat jamban untuk raksasa nih kan.. Kalau bukan Jepun , Korea. Kalau bukan Korea , China. Tapi jawapannya,negara yang mempunyai ramai fangirlzz iaitu Korea. yeyeh. Rumah ini terletak di Suwon. Suwon ye korang bukan Siwon Super Junior tu. Hihi. Perekanya nama Sim Jae Duck. Dia ni dilahirkan di toilet dan itu merupakan cara tradisional masyarakat Korea dulu,sebab tu korang tak pernah nampak orang bersalin dalam toilet masa tengok drama korea .Zaman dulu.. diorang percaya yang boleh hidup lama kalau baby tu dilahirkan dalam toilet.. eh aku ni nak cite adat resam orang korea ke pasal rumah jamban nihh?? haha sori ye pembaca.saya selalu macam ni.tamat2



PORTABLE HOUSE


Rumah ni dibina daripada buluh , beg plastik dan cadar tilam. Nama dia Liu Lingchao. Dah 5 tahun dia jalan sambil angkat rumah dia. Dia ni kiranya survival jugak lah ye,boleh berfikir tahu mana nak tidur , berehat lepas dah buat kerja seharian.Bijak awak ni Lingchao.


RUMAH BERBENTUK BOLA


Tengok rumah ni , pelik kan? separuh padang separuh lagi swimming pool.Besaq gilaq swimming pool dia,jom pakat terjun haha..Rumah ni bukan dimiliki oleh calang2 orang tau,rumah ni milik pemain bola sepak iaitu Lionel Messi.Hamboi,patutlah rumah semacam je .Poyo la abang Meci ni.Nyampah.. cehh,biarlah dia en,apalah.

HOLE HOUSE


  Hah, aku tak tau apa kena dengan pencipta rumah ni. Seram pun ada,unik pon ada.Takut boleh membunuh je sebab kayu2 tu macam mencucuk keluar. Rumah ini terletak di Texas ye rakan2.


STONE HOUSE


Terletak di Portugal dan nampak sangat macam ada orang duduk situ. Tapi,macam lonely je duduk situ seorang diri takde jiran kan. Apapun tahniah kerana membuat rumah yang pelik2. haha

So,apa pendapat korang? Aku rasa dah tak larat nak taip memanjang, and nanti aku rasa nak update lagi rumah terunik nih.Jangan lupa untuk comment eh.Aku suka gila bila dapat komen korang. TQ




Tuesday, November 8

SEGMEN JOM BERKENALAN



tadi, scroll scroll blog JM terjumpa ni, and tiada siapa lagi yang join.. Jadi,aku ambil peluang keemasan untuk menjadi yang pertama.Korang jom lah buat segmen ni,mana tahu boleh dapat ramai lagi kawan ke.Btw,klik pada banner ye untuk join. Buat sesiapa yang join,saya wish selamat maju jaya !  ^ _ ^

Blog Kengkawan Mate. Mate ?



Assalamualaikum kamu kamu semua !


Ni ha,semalam kan ada orang dm  kita tau,bagitau dia nak tulis post pasal kita.Dia nak report kat blog dia pasal kewujudan blog aku ni.Aku tak boleh tahan , so aku buat juga report pasal dia di blog aku. Dua orang nenek ni baru buat blog,sorang tu selalu buat blog tapi asyik delete buat baru..Takde pendirian betul eh.Cehh,gurau.Relax,aku pun selalu apa delete blog.Fyi,aku actually mula blogging masa tahun 2012.Sayang je blog tu,masatu aku memang tak matang , so disebabkan aku malu dengan post2 lama,tahun 2013 aku delete semua post sekali dengan blog tu.Sekarang rindu pulak :( .Menyesal gue bertindak terburu-buru . eh eh back to the topic.Kemudian , lagi seorang tu pula , dia baru buat blog dan blog dia pun comel macam tuannya.


1 . Wonderland

    

Klik imej untuk ke blog Raida


Ini merupakan blog yang dimiliki oleh gamer terhebat. Dia banyak sangat main game termasuklah game yang dimainkan oleh kaum adam seperti grand theft auto (gta), assasin creed brotherhood, bla bla aku pon tak tahu apa lagi dia main. Raida ni suka berangan sebab tu dia ada wonderland family.Macam ini alice white,john white dan beberapa orang lagi dalam family tersebut. Dia berangan ni bukan semata-mata,tapi sebab dahulukala dia takde kawan and semua orang pulaukan dia masa dia sekolah rendah dulu and dia start fikir benda2 alam fantasi bagai .Biasanya dia suka cakap english dalam social media,contohnya ig dia. Kadangkala,aku pun tak faham apa yang dia cakap macam perkataan legit . Sampai sekarang aku tak tahu ayat tersirat disebalik perkataan tu.Lol,malas sangat nak google maksud. Tapi dia ni dikira hebat juga lah,dia suka tengok youtube videos,sampai 
dah konfiden nak cakap english depan orang ramai. Tepuk sikit. cehh,jangan kembang eh masa baca ni Rasy.

2. Iamnabilala


Klik imej untuk ke blog Nabila

Seterusnya,kawan aku yang paling comel. Nama dia Nabila. Dia ni merupakan ibu kepada kucing2 dia. Banyaklah kucing dia,aku je tak pernah lagi melawat kucing2 dia,hanya dapat dilihat menerusi Gambar jek. Kucing2 dia pon dah ada anak.Dengan itu,nab secara automatik menjadi nenek cing. Haha,Hello Nenek Nab. Nabila ni suka anime.Ada pelbagai jenis cerita anime yang dia tengok, Amirah pon kaki anime jugak.Diorang ni sejenis lah.Aku tak tahu macam mana nak persuade diri sendiri tengok anime,memang tak akan lah sampai bila2. Nab pun mula menjinakkan diri tengok korean drama.Wahh,tak sangka pulak dia akan minat.Mungkin sebab hasutan rakan rakan dia kot. Heheh. Percaya tak bahawa peminat anime boleh meminati ahli Kpop? Hahh,tak impossible lah kan,tapi yang impossible nya,minat dia terhadap anime dan kdrama tak berbelah bahagi,Kedua-duanya dia minat sama rata,pelik kan? . Ops sori merapu jap. Alamak sendiri tulis sendiri pening nak baca. Heheh, nab pun bookworm juga tau,dia suka baca Sherlock Holmes sampai nama dia dah bertukar menjadi penulis buku Sherlock Holmes,iaitu Irene Adler. Fuiyoo.



Okaylah,itu je kot aku nak bebelkan harini. Moga hari anda happy happy gitu. Cehh
Assalamualaikum. byee !



Monday, November 7

Menunggu Result Exam

Assalamualaikum semuanya ! Dah lama rasanya tak mengupdate blog.Rasa macam kekok sikit nak mulakan bicara ni. hihi.. baru tiga hari,tu pun dah kekok.. apakah? Lepas baca title post ni,mesti korang semua dah boleh agak ke mana hala tuju post ni pergi.


gambar ni pun dah cukup menunjukkan tahap gila aku nak tau result exam. WOOH


Korang tahu tak ? Aku takut sangat aku dapat gred C ke D sampai terbawa-bawa ke mimpi. Aku rasa ni perkara biasa lah kan.Tapi masalahnya periksa yang dua tahun lepas pun termasuk sekali dalam mimpi. Ini tak boleh jadi. Aku mimpi periksa Tauhid & Feqah tak sempat siap. Ustazah cepat2 nak kutip.Dalam mimpi tu macam nak nangis.Bila aku tersedar baru aku tau,aku dah habis exam.Mashaallah !

Lagi satu,aku termimpi Ejaz Fakhri datang sekolah. Cikgu Hema suruh bagi satu file ni dekat dia.Last2 carik dia satu sekolah still tak jumpa.. Yang aku jumpa tu si Pondan. AHH haiyoo. Yang aku tak faham macam mana pilot boleh datang sekolah sebab nak ambil fail kedatangan murid2. Melalottt ~~

Oops,sori terpesong sikit cerita ni.. sebab aku mimpi 2 cerita sekali tidur . Hehehe

Tapi kalini masa menunggu result kita tunggu depan komputer je.. sebab SAPS kan ada.. So,bila nak tau result exam kena lah sikit2 bukak komputer. Macam nak stalk crush pulak haha.. Padahal,tengah nak tabahkan hati,perasaan sebab takut tengok result.Perbezaannya,bila stalking crush,kita akan buat sorok2 tapi sentiasa senyum bukan macam exam,tengok tapi dalam keadaan menggigil kesejukan macam tengah buat ice bucket challenge.

Sekarang ni kan musim SPM,jadi the whole school dijadualkan untuk datang secara bergilir-gilir.Ini juga menyumbang kepada masalah aku yang 'dying ' nak tau result exam.Tak boleh sabar,aku memang gila2 nak tahu.. Tapi bila dah dapat tu juling mata aku dibuatnya.

Saya tahu anda semua pernah mengalami masalah sebegini rupa. Bahkan lagi teruk,So,share lah dengan aku kisah2 menunggu result exam korang.Maybe ada yang lawak ke,boleh kita sama-sama ketawa berdekah-dekah. Hahaha.

Sampai disitu sahaja coretan aku buat kali ini,Assalamualaikum !

SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH





assalamualaikum !


kawan kawan blogger yang aku sayangi :

nabila
raida

hehe,okaylah itu saja aku nak tag.. walaupun tak rapat sangat,tapi awak2 semua adalah orang yang pernah comment dan follow saya. terima kasih ya. nak tag ramai lagi tapi susah nak cari blog mereka2. 

Giveaway Pertama by Syera Rosli





Assalamualaikum !
Kalini aku join giveaway lagi.. Nak join ? klik di banner..
bubbye 

Thursday, November 3

NOVEMBER BLOGLIST SEGMENT BY FATINA






1. Saya tag :


 4 .Blog awak cantik dan kemas.Saya juga suka cara awak menulis blog dalam bahasa inggeris.Sekurang-kurangnya dapatlah membantu saya practice bercakap dalam bahasa inggeris . Awak suka membaca . So do I ;) , saya tak pernah ada goals buku untuk baca .. so, i got inspired by you to make a  goal untuk baca buku.. so, tq.. hihi.



Wednesday, November 2

What is Anguish ?



Assalamualaikum..

Nana baru je ada idea nak buat vocabulary yang kita jarang guna dalam kehidupan seharian. Selain dapat menjadi rujukan pada Nana,ini juga dapat sedikit sebanyak membantu meningkatkan pengetahuan korang.

harini kita akan tahu apa maksud bagi perkataan ....


haa,tengok gambar pun boleh teka kan,anguish tu mewakili perasaan apa .

ANGUISH 
meaning :

pain , suffering , grief

how to use the word 'anguish'  :

- When my husband died, the anguish I felt was nearly unberable .
  = Semasa suami saya meninggal dunia ,  (keperitan ) , (kesedihan )yang saya alami hampir tidak boleh saya tanggung.

- I saw her in a state of anguish
= saya melihat dia dalam keadaan kesedihan.

-The dog howled in anguish after getting hit by car
=Anjing itu menjerit kesakitan apabila dilanggar oleh kereta.

How to pronounce the word 'anguish' :
 eng  - gu - wish
 kalau nak lebih faham,sila ke link bawah ni yer


tak faham lagi anguish tu macam mana ?

Image result for anguish faces

perit , sedih , sakit

tu semua anguish lah tu ..